Iman

Iman

Amal

Amal

Ilmu

Ilmu

Ikhlas

Ikhlas

Ibrah 43: Sekeping Gambar, Seribu Makna (2)

Monday, November 29, 2010






A bird-shaped formation of flamingos pops in bright pink from the muddy waters of a placid lagoon in Mexico's Yucatán Peninsula, along the coast of the Gulf of Mexico.
Photograph by Robert B. Haas
Credit to National Geographic


Gambar diatas menunjukkan kuasa Allah.Mana mungkin sesuatu seperti ini terjadi secara kebetulan.Mana mungkin Tuhan saja-saja mencipta situasi sedemikian selain untuk menyuruh manusia berfikir. Alangkah hebat kuasa Allah!




Wallahualam.

Ibrah 42: Manusia pengGALAS Amanah

Wednesday, October 27, 2010

Ciptaan Allah sangat hebat,

Mata helang 8x lebih tajam dari mata manusia dan mampu 'mengunci' sasaran dari jarak 1 kilometer ketika sedang terbang. Manusia sangat terbatas, terlebih sedikit merenung komputer maka rabun dekat nantinya.

Kura-kura boleh tahan tidak minum air selama 5 tahun dengan syarat mengunyah sedikit daun-daun kayu sebagai makanan, anda? berjalan kaki 100 meter sudah tercungap-cungap mencari air mineral, usahkan begitu, tidak jumpa air dalam 72 jam boleh menyebabkan manusia mati.

Anjing 8000x lebih sensitif deria baunya berbanding manusia. Walhal manusia selalu berbangga dengan banyaknya wangian yang dicipta, cuba bagi peluang anjing mencipta wangian, entah-entah jutaan ganda lebih wangi dari apa yang manusia ciptakan.

Semut yang kenit itu mampu memikul 50x ganda berat tubuh sendiri, jika anda beratnya 50kg, mampukah anda memikul sebuah kereta seberat 2500 kg dan bergaya selamba semacam semut mengangkut gula? tidak mampu bukan? Angkut peti sejuk pun sudah buat kita sakit belakang.

Gigitan buaya bertekanan 2 tan dalam satu inci ~ 2000 PSI,mampu mematah tulang belulang seakan kita mematah lidi. Anda? Gigit tebu pun bergoyang gigi.

Ah, kesimpulannya , manusia tersangat lemah.

Tapi selemah-lemah manusia, takdir Allah menetapkan manusialah khalifah muka bumi tuhan ini, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, menaakul,menyelesaikan masalah,mentafsir, mencipta dan sribu macam kebolehan yang tidak mampu ditandingi haiwan melata dimuka bumi ini. Walau manusia tersangat lemah, tapi manusia itu ciptaan teragung,ciptaan Allah supaya manusia mentadbir bumi dan menyembah mencipta-Nya.

Bagi manusia yang sombong dan menganggap diri adalah super-hebat, Allah pernah mencabar kalian dalam Quran, untuk menciptakan sesuatu yang serupa dengan lalat? Yang selalu dipandang jijik seantero manusia, mampukah anda menciptanya?


“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” (Al-Hajj: 73)
Adakah anda sedar? Fakta-fakta diatas dikutip dari saluran National Geographic, moga memberi pengajarankepada kita untuk mengguna akal sebaiknya.Kita diamanah untuk mengGALAS alam ini.


Bisakah anda mengguna akal untuk memilih?

Hak vs Batil?
Kanan vs.Kiri?
Islamik vs. Nasionalis?
Teras perjuangan berkisar Allah dan Rasul vs. teras perjuangan berkisar Melayu dan pembangunan?
Sentimen agama vs. sentimen bangsa a.k.a Melayu?
PAS vs. UMNO?

Yang mana satu pilihan anda? Tidak mahu pilih?

Ingat, tiada jalan tengah antara syurga atau neraka, tiada jalan tengah antara hidup atau mati.Orang yang tidak peduli umat layakkah ke syurga? Anda jangan jadi orang yang tidak peduli umat.Tidak peduli umat
a.k.a hidup untuk diri sendiri hanya sama tarafnya dengan haiwan tak berakal yang sejak menetas, hidup untuk survival diri sendiri.Hanya ikut naluri (baca:Nafsu).

Ingat, tiada seorang pun antara kita yang memilih untuk dilahirkan sebagai manusia dan membesar menjadi seperti diri kita sekarang, tapi kita bisa memilih dan berusaha menuju ke syurga mahupun neraka.

Sekali lagi mahu ditanya, apa pendirian anda? Cepat, tepuk dada tanya iman!

Ayuh, wahai pengGALAS amanah sekalian, anda Khalifah, maka buktikan!

Wassalam.

 



Ibrah 41: Hadiah Dari Ramadan

Friday, October 1, 2010

Hari ini 22 Shawal bersamaan dengan 1 Oktober.


Ramadan sudah pergi meninggalkan kita. Sudah hampir sebulan ramadan pergi meninggalkan kita, ramadan yang datangnya setahun hanya sekali, hanya akan tiba satu tahun lagi, itupun jika nyawa masih disambung, dada masih bernafas.

Sahabat-sahabat nabi menangis bila mengenangkan ramadan akan berlalu pergi, kerana perginya tidak akan kembali lagi, harus menunggu setahun lagi. Aura ramadan bukan calang-calang, yang jahat jadi baik, yang nakal jadi alim, yang liat ke masjid pun jadi rajin ke masjid bila masuk ramadan. Hebatnya Allah, dijadikannya satu bulan dalam setahun yang suasananya tidak sama dibandingkan dengan 11 bulan yang lain, bulan yang semua orang tidak 'jadi' dirinya sendiri. Semua berlumba-lumba untuk berubah.Menjadi baik!

Kita bukan sahaja sedih dengan pemergian ramadan, tapi kita perlu lebih sedih lagi jika tiada apa-apa yang kita 'bawa pulang' dari bulan yang mulia ini. Kita sibuk menghitung bilakah Syawal tiba sedangkan ramadan baru mencecah pertengahan bulan.

Cuba kita hitung, apa yang kita dapat dari ramadan 2010 ini, yang kita dapat jadikan amalan yang istiqamah dibulan-bulan lain, bilamana kita mampu solat berjemaah setiap isyak di malam-malam ramadan, mampukah kita teruskan solat berjemaah itu dibulan-bulan lain,

Bilamana kita mampu untuk bangun bersahur, mampukah kita untuk bangun bersolat malam dibulan-bulan lain.

Bilamana kita mampu untuk istiqamah membaca alquran setiap hari di bulan rmaadan, adakah kita mampu untuk mengekalkan amalan2 itu dibulan-bulan lain.

Bila tuhan sudah kurniakan satu bulan untuk kita 'berubah' , adakah kita benar-benar mengerti 'ibrah' ramadan itu, dan membawa pulang sesuatu untuk kita sama-sama perbaiki diri.

Iman kita selalu turun naik, tapi ramadan adalah satu bulan yang rata-rata semua orang naik imannya,kuat amalannya,tidak jahat nafsunya.Terkawal perbuatannya.

Sekarang kita sudah kembali ke 'mode' kehidupan yang biasa.Sibuk dengan urusan kerja, sibuk dengan urusan keluarga dan juga sibuk dengan urusan jemaah.Yang gila kerja terus gila kerja, yang gila bini terus gila bini dan yang masih sayangkan jemaah, terus membakar diri, berkorban demi jemaah- Alhamdulillah, semoga majoriti kita tergolong dalam golongan ini.

Sebagai muslim,kita dituntut untuk memperbaiki diri sentiasa. Apa yang kita bawa pulang dari ramadan 2010? Ada anda pernah fikir?

Adakah anda sedih?

Wassalam

Ibrah 40 : Jiwa Hamba atau Jiwa Merdeka?

Monday, August 30, 2010

Apa anda mengerti tentang merdeka?
Apa anda rasa diri anda sudah merdeka?

Jiwa itu ada dua macam, satu jiwa merdeka, yang satu lagi jiwa hamba.
Jiwa anda itu jiwa merdeka yakni berjiwa tuan atau berjiwa hamba? Dikuasai tanpa sedar atau anda menguasai jiwa anda?

Setiap hari kita disogok dengan pelbagai agenda-agenda tersorok.TV digunakan secara total untuk membutakan pemikiran masyarakat, membentuk masyarakat berfikir mengikut apa yang mereka hendak masyarakat fikir. Mereka didik nafsu rakyat supaya gilakan hiburan sampai sudah lupa tentang apa tujuan hidup didunia.



Mereka didik supaya anda berfikir seperti seorang hamba. Mudah menerima segala arahan. Mudah terikut dengan segala dakyah-dakyah mereka.Berfikir mengikut acuan yang mereka bentuk.

Mereka bentuk cara masyarakat berfikir supaya mencari penyelesaian apa-apa masalah dengan apacara sekalipun tapi jangan sekali-kali dari Islam.

Hudud jelas terbentang tapi dalam isu zina dan buang bayi, bermacam-macam cadangan diajukan; pusat kutipan bayi, rumah perlindungan bayi, bank dna, subjek seks disekolah, kondom percuma, sekolah untuk remaja hamil dan seribu macam cadangan yang semuanya bukan menjurus untuk mengubati punca masalah. Semua cadangan itu semacam menampal luka dengan plaster, bukan bertindak menyembuh dari dalam semacam antibiotik.

Itu cara masyarakat berfikir dikala ini. Bukan sebarangan orang, pak menteri pun begitu cara fikirnya.

Dadah dan arak berleluasa sampai tidak terkawal. Sudah 53 tahun merdeka tapi masih lagi ketinggalan dikala negara serantau melonjak ke puncak. Ya, memang sudah banyak kemajuan jika dibanding zaman sebelum merdeka.Tapi jika kekayaan negara diurus secara lebih baik, nescaya kita sudah mampu bersaing dengan jiran cilik yang kelihatan sangat jauh kedepan.

Kita mampu sebenarnya.Tapi rasuah dan tamak itu melambatkan dan merugikan negara.

Tapi jika semua sudah berjiwa hamba, menurut bak lembu dicucuk hidung, maka kita akan terus kekal dengan status-quo yang ada sekarang.Kita perlu berpegang pada Islam untuk kita maju.Kita perlu merdekakan diri dari propaganda penjajah yang menjajah minda rakyat.

Perkara yang paling menakutkan mereka adalah apabila anda berjaya menguasai diri anda, menguasai jiwa anda.

Sebab?

Mereka tahu jika anda berjiwa merdeka,berjiwa tuan, maka anda akan ada kemahuan dan kebolehan untuk membebaskan jiwa-jiwa lain yang sedang terperangkap dalam sistem propaganda mereka.

Orang berjiwa tuan mampu tahu yang mana benar yang mana batil, mampu membezakan yang mana agenda tersembunyi dan yang mana jalan menuju tuhan. Tahu mengemudi diri kearah kebenaran tanpa menghirau cercaan orang. Yakin akan halatuju diri sendiri. Yakin bahawa Islam itu jawapan akan semua masalah.Yakin walau susah untuk menegakkan islam, tapi itu satu-satunya jalan yang ada.

Itu semua bermula dengan pilihan anda, jika anda memilih untuk terus berjiwa hamba, maka anda teruskan sampai satu masa anda dapat 'seru' untuk berubah.Anda yang rugi jika lambat berubah.

Anda juga punya pilihan untuk memilih menjadi manusia berjiwa merdeka, berjiwa tuan.Manusia yang sentiasa bermanfaat untuk manusia lain. Walau dalam apa posisi sekalipun.Anda tetap ada peranan dalam masyarakat.

Merdekakan jiwa anda, nescaya diri anda merdeka.
Selamat Hari Merdeka! Jangan lupa kibar Jalur Gemilang!

Wassalam

Ibrah 39: Senyum Itu Sedekah

Wednesday, August 25, 2010

Ada satu petikan cerita untuk dikongsi:
"A little girl smiled at a sad stranger joyously, that smile caused the man to feel better.In that good mood, he remembered not thanking his best friends who helped him.He immediately wrote a SMS and sent it.

This thank caued his friends to become so merry that he gave a big sum of tip to the waitress who worked in the restaurant he had his meal at noon.

That was the 1st time the waitress received such a big sum of tip.While she was going home in the evening,she left some of the money to the hat of the beggar sitting in the street corner.

The man, who was not eaten even a bite of food for two days,was so grateful, filling his stomach days later , so cheerful that he took into his arms the little dog which was trembling under eaves.

The dog was happy that it was rid of the night's cold.It ran here and there in the warm room.After midnight, the apartmet was covered by smoke while all the tenants are sleeping.

That little dog,began to barking so loudly that all residents woke up and escaped from the fire.They were all saved."

Semua ini adalah kuasa secebis senyuman, yang tidak ada bayaran pun!

Semudah-mudah sedekah adalah senyuman.

Jika kita tak berharta untuk bersedekah, pastikan kita mampu untuk senyum selalu. Baik untuk orang lain , juga baik untuk diri sendiri.Senyum juga cara yang paling mudah untuk membentuk tenaga positif dalam tubuh anda.

Pepatah Inggeris ada menyebut;

" I smile not because i am happy, but I am happy because I smile"

Tapi, jika anda kurang mampu menguasai diri sendiri terutama bila jiwa bergelora, emosional, kurang keyakinan diri, kita selalu merasakan amat payah untuk senyum dengan ikhlas, orang lain selalu dapat merasakan 'kepahitan' atau 'tawar'nya senyum kita itu.

Sebab? Senyum itu datang dari hati. Mana mungkin senyum yang manis itu datang dari hati yang bergelora dengan masalah.

Tapi, jika anda menguasai diri anda, hati dan akal anda, maka sebesar mana masalah, bisa dikawal. Kerana masalah itu cabaran untuk diselesaikan. Dan semua masalah ada jawapan. Tidak perlu berserabut dan menghadiahkan senyum yang 'tawar' pada orang lain.

Fakta sains mengatakan ekspresi otot-otot muka adalah berkait dengan hati dan perasaan.

Sebab itu orang yang hatinya bersih nampak seolah-olah bercahaya.
Sebab itu orang yang gembira hatinya senyumnya nampak amat manis.
Sebab itu jugalah, orang yang sedih hatinya, nampak dibuat-buat senyumnya tika cuba menyembunyikan gundah dihati.

Jika anda banyak memerhati perilaku manusia, lama-kelamaan anda akan mahir membaca gerak muka manusia. Sekilas ikan di air, sudah tahu yang mana jantan betina. Yang mana sedih dan yang mana suka-hati.

Tahukah anda pelabuaran yang paling rendah modalnya tapi yang paling tinggi keuntungannya?

Bukan melabur dalam emas permata mahupun Public Mutual , tapi cukup mudah.

-Senyum-

Senyum membawa kasih sayang,membawa ikatan dalam perhubungan, dan ia selalu berkekalan.Kita lebih tertarik untuk mendekati orang yang murah senyuman dari selalu masam mencuka. Orang yang murah senyuman selalu ditafsir sebagai orang yang mudah didekati, mudah berbicara dan senang pekertinya, sedangkan orang yang kedekut senyum selalu ditafsir sebagai orang yang rumit, sukar difahami dan didekati mahupun diajak bercakap.

Kanak-kanak senyum dan ketawa hampir 400 kali secara purata sedangkan orang dewasa senyum atau ketawa kurang dari 15 kali sehari. Sebab itu kanak-kanak wajahnya bercahaya dan amat menarik untuk didekati. Kita? Kusam mukanya sebab kurang senyum dan ceriakan diri.

Senyumlah.

Wassalam.

Ibrah 38: Jam,Minit,Saat & Detik

Saturday, August 7, 2010

Demi Masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Surah Al-Asr

Setiap orang dikurniakan 89400 saat setiap hari, tidak lebih dan tidak kurang walau sesaat pun.Cuba anda bayangkan 89400 saat itu adalah 89400 keping duit seringgit. Berguni-guni barangkali.

Bagaimana anda belanjakan ia setiap hari?

Ini Ibrah kedua tentang masa.

Untuk terus mengingatkan diri tentang betapa pentingnya pengurusan masa dalam kehidupan.

Rata-rata kita ini baru diperingkat bawahan dalam kitar kehidupan, tapi sudah seringkali mengeluh tentang kekurangan masa. Baru berkareer,baru berumahtangga dan baru mencecah dewasa.

Kita yang baru mula berkareer, baru sedikit tanggungjawab diamanahkan syarikat, tapi sudah mengomel tentang kekurangan masa.

Kita yang baru berkeluarga, baru dikurniakan cahayamata yang pertama, tapi rumah sudah berselerak, dapur tidak berkemas ,segala sudah tidak teratur.Alasan? Tidak cukup masa sebab sibuk dengan kareer,anak dan kerja-kerja jemaah.

Apakah anda menghargai masa?

Apakah anda tahu nilai masa?

Jika anda mahu tahu nilai 10 tahun masa,
cuba tanya pasangan yang baru bercerai..

Jika anda mahu tahu nilai 1 tahun masa,
cuba tanya pelajar-pelajar UTP yang gagal dalam FYP (Projek tahun akhir) dan terpaksa mengulang satu tahun pengajian.

Untuk memahami nilai 9 bulan masa,
Cuba dalami perasaan seorang ibu yang baru melahirkan anak.

Untuk memahami nilai 1 bulan masa,
Cuba dalami seorang ibubapa yang baru melahirkan seorang bayi tidak cukup bulan.(8bulan)

Jika mahu memahami nilai 1 minggu.
Cuba tanya pekerja pelantar minyak.

Jika mahu memahami nilai 1 jam,
Cuba tanya seorang kekasih yang sedang menunggu kekasihnya selama satu jam.

Jika mahu memahami 1 minit, cuba tanya orang yang tertinggal bas ekspress Sani atau Transnasional.

Jika anda mahu nilai satu saat, cuba tanya perasaan orang yang baru sahaja hampir kemalangan.

Dan jika anda mahu tahu nilai satu detik, cuba tanya orang yang menang tempat kedua dalam acara 100 meter pecut.

Masa itu sangat relatif sebagaimana contoh-contoh diatas, hanya yang berada dalam situasi itu sahaja yang kebiasaannya menghargai masa- tahun,bulan,minggu,jam,minit dan detik.

Jika kita tidak sedar atau cakna dengan 89400 saat yang kita ada dalam sehari, maka kita tidak sedarpun masa-masa yang dibazirkan tak tentu pasal.

Dan kita terus mengomel tentang kekurangan masa sebagai pekerja, masa sebagai suami, sebagai isteri, sebagai ibu atau bapa kepada anak kecil, mahupun tugas sebagai surirumah.

Kalau ditahap rendah seperti kita sudah mengomel, kenapa orang yang beranak 10 boleh mengurus masa, kenapa CEO atau ahli politik bertaraf Perdana Menteri mahupun Presiden PAS boleh mengurus masa mereka? Mereka inipun mempunyai 89400 saat setiap hari sama seperti kita.

Kita perlu ubah cara kita mengurus masa, perlu lebih teliti.Kita perlu mengurus masa itu minit demi minit, bukan jam demi jam seperti orang biasa. Perlu bijak mencari dan mencipta ruang supaya segala tugasan kerja,rumahtangga dan jemaah boleh diselesaikan dengan pengurusan masa yang baik.

Mengikut kajian di US, antara watak utama yang 'membunuh' masa kita ada dua, iaitu tidur dan rehat berlebihan. Dan yang keduanya televisyen.

TV amat senang untuk dibuka tapi amat payah untuk ditutup. Betul?
Tidur amat menyenangkan.Tidak perlu fikir masalah sekeliling.

Diceritakan Nabi Muhammad kebiasaanya hanya mengambil masa selama 2 jam lebih sedikit untuk tidur dan rehat. Baginda tetap dapat mengurus kehidupan dengan baik.

Jika anda rajin membaca kehidupan CEO atau pemimpin terkemuka, mereka juga biasanya hanya tidur 4 ke 5 jam sehari.

Tapi kebanyakan kita tidur lebih 8 jam sehari, sedangkan itu jumlah jam yang dicadangkan untuk bayi dan anak-anak kecil, apa anda masih belum 'dewasa' lagikah?

"Ordinary people have problem with putting their spare time to use; but extraordinary people have problem with creating a spare time..." Anonymous

Imam Nawawi wafat semasa berumur  lebih kurang 45 tahun, tapi karyanya adalah lebihkurang 40 kitab agung, dan beratus lagi hasil tulisan yang lain.Kita bukan setakat nak menulis kitab, tapi nak menghabiskan belajar dan hadam satu kitab dalam satu bulan pun seolah-olah mustahil.

                                                                       *********

"Those who make the worst use of their time usually are the first to complain of its shortness" Anonymous

Sesungguhnya kita perlu berubah!

Wassalam.

Ibrah 37 : ANAK : Amanah Nabi Akan Kita

Monday, July 26, 2010

Bila anda dikurniakan seorang pewaris, yakni cahayamata, tetapkanlah sasaran supaya anak itu akan jadi lebih baik dan hebat dari anda.Paling kurang, anak itu sehebat anda yang melahirkannya.Didik dan asuhlah anak itu supaya tertanam dalam fikirannnya, satu hari nanti dia akan jadi seorang manusia yang lebih hebat dari bapanya.

Tun Razak berjaya melahirkan Najib Razak sebagaimana Lee Kuan Yew berjaya melahirkan penggantinya dalam bentuk anaknya sendiri Lee Hsien Long.Kedua-duanya menjadi pentadbir negara mewarisi kedua-dua bapa masing-masing.

Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Hadi juga melahirkan pewaris-pewaris yang bakal menggantikan tempat mereka dalam perjuangan.Sebagaimana ayahanda TG berdua itu adalah seorang ulama' juga, maka generasi seterusnya sudah diasuh supaya mengganti mereka kelak.

Begitu juga dengan bidang-bidang lain, Forlan Sr juga pemain bola sepak yang hebat sepertimana anaknya sekarang - Diego Forlan, Paolo Maldini menjadi pemain bek lagenda hasil inspirasi ayahnya yang juga pemain bek lagenda. Kedua-duanya mencipta sejarah.Malah kedua-duanya pernah bermain bersama bagi skuad Perancis pada Piala Dunia 1998. Dikhabarkan anak Paolo Maldini sedang diasuh untuk menjadi bintang masa depan.

Hal-hal diatas tidak akan terjadi secara kebetulan. Tidak pernah ada hukum alam anak pemain bola itu wajib jadi bintang bolasepak mahupun anak tuan guru wajib jadi ulamak bila sudah matang.Anak-anak ini diinspirasikan oleh bapa mereka sendiri.

Justeru itu, bila anda sudah bergelar bapa, maka sedikit sebanyak anda perlu merancang,jika tidak tidak kemana anak anda, paling hebat, pandai cari makan dan hidup untuk cari makan.

Perancangan yang teliti sangat perlu supaya anak itu dipersiapkan sedari lepas disahkan mengandung lagi.Pemakanan,amalan,doa dan tawakal mesti jadi isu utama dan dititikberat.Seperti yang selalu disebut orang, kita sebagai ibubapa adalah pencorak utama bagi kain putih (anak) yang dikurniakan itu.

Adakah kita betul-betul amanah?

Begitu banyak kes-kes anak-anak derhaka, sumbang mahram, gejala sosial, zina, dan yang terbaru, isu anak-anak gelendangan dikota-kota besar, menjaja tubuh bagi mencari sesuap nasi.Mana ibubapa mereka? Mana pemegang amanah bagi anak-anak ini?

Sudahlah sistem pendidikan yang sangat tidak efektif, ditambah pula ibubapa yang kurang cakna,maka terhasillah anak-anak ini yang menjadi berita pelaris suratkhabar tabloid.

Enakkah hati kita memerhati?

Mungkinkah anak yang kita belai dan rindu itu jadi seperti begitu?

Apa tiada jalan penyelesaiankah?

                                                                                    *********


Nabi sangat menggalakkan kita berkahwin dan meramaikan umat;malah mencela sesiapa yang tidak mahu berkahwin.Tapi perlu diingat, perkahwinan dan anak-anak itu anugerah besar yang datang dengan tanggungjawab yang besar.

Ibubapa perlu mengambil peranan. Tidak perlu menyalahkan pihak guru mahupun PIBG, mahupun kerajaan. Terlebih dahulu, salahkan ibuibu dan bapa-bapa ini yang sibuk mencari makan (baca:kejar dunia) sampai anak tergadai imannya.

Kembalilah kepada Islam wahai ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, didiklah anak sepertimana islam ajar kita untuk didik anak.

Cuma tukar watak anda sedikit sambil mentarbiah anak:

Jadilah hamba untuk 7 tahun pertama
Jadilah guru yang tegas untuk 7 tahun kedua
Dan jadilah kawan karib untuk 7 tahun yang ketiga.
Selebihnya, kita serahkan kepada anak yang sudah matang untuk berfikir..

Dengan watak yang betul pada masa yang betul, Insyaallah anak-anak akan membesar dengan iman dan takwa yang utuh,keyakinan diri yang tinggi, keinginan untuk membalas jasa ibubapa dan semangat untuk menyumbang kepada masyarakat.

Tidak berangankah anda akan anak yang sedemikian?

Insyaallah, dengan formula mudah yang diajar cerdik pandai islam ini, anak kita akan jadi anak yang taat dan berguna kepada masyarakat.Bukan kepada ibubapanya saja.

Teruskan memberi inspirasi kepada anak-anak.Insyaallah.

Wassalam

Ibrah 36 : Iman Dengan Takwa

Sunday, July 18, 2010

Iman dan takwa itu syarat penting untuk jadi seorang Islam yang baik.

Analoginya sangat mudah.

Pernahkah anda langgar lampu isyarat (merah) ?

Undang-undang dicipta bukan untuk saja-saja dan suka suka.Setiap undang-undang itu mesti ada tujuan, samada untuk mencegah,mengatur ataupun menghukum si pelaku- untuk kebaikan dirinya sendiri, dan yang lebih besar, kepentingan masyarakat.

Bayangkan kehidupan tanpa lampu isyarat. Lampu isyarat baru sahaja direka manusia kira-kira 100 tahun yang lepas. Sangat baru jika dibandingkan undang-undang yang lain.Dengan berjuta-juta kenderaan di jalanraya,jika tiada lampu isyarat, sangat sukar dibayangkan apakah implikasinya di simpang empat mahupun disimpang tiga di seluruh jalan.

Nescaya akan tersumbat berhari-hari kerana manusia bila tiada peraturan, secara automatik manusia akan mementingkan diri sendiri. Tiada lagi tolak ansur, tiada lagi beri laluan dan sebagaianya.

Mengenali warna dan maksud warna lampu isyarat itu menjadi perkara asas jika anda ingin menjadi seorang pemandu apa-apa jenis kenderaan, hatta sebagai pejalan kaki sekalipun.

Merah itu henti.
Kuning itu amaran.
Hijau itu jalan.

Sangat mudah.

Bila semua pemandu mengikut peraturan universal yang mudah ini.Anda lihat walau hanya sebatang jalan, tapi dikongsi ratusan malah ribuan kenderaan sehari pun,tiada masalah yang akan timbul kecuali berlaku kemalangan atau hal-hal lain yang tiada kaitan.

Apa kaitan analogi ini dengan iman dan takwa?

Pernah anda jumpa orang langgar lampu merah?Begini analoginya.

Hampir 99% orang yang pandai memandu tahu peraturan lampu isyarat. Itu bermaksud pemandu-pemandu ini beriman (percaya) bahawa jika lampu itu merah, maka mereka mesti berhenti, jika kuning mesti berjaga-jaga dan bila hijau maka boleh gerak.

Tapi bukan semua pemandu itu bertakwa.
Walaupun tahu ada yang tidak berbuat atas pelbagai sebab. Mementingkan diri, tidak cakna akan orang lain, kurang kesedaran dan bodoh!

Orang yang selalu langgar lampu merah tak kira masa dan waktu ini ibaratnya orang yang beriman tapi tiada langsung takwa.

Orang yang kadang-kadang saja langgar lampu merah terutama jika tiada orang ini bolehlah diibaratkan sebagai oang beriman dan bertakwa tapi takwanya itu bukanlah yang betul-betul jitu.

Tapi yang paling hebat, orang yang betul-betul mengikut peraturan, tidak pernah sama sekali melanggar lampu merah walau dimalam hari dijalan yang sunyi. Ini ibaratnya orang-orang yang betul-betul beriman dan bertakwa akan hukum lampu isyarat tersebut.Mereka inilah yang cerdik akalnya,yang percaya jika dilanggar lampu merah tersebut, mungkin ada impak yang tersembunyi, justeru itu mereka tidak akan melanggarnya.

Cuba lihat dari sudut ini:

Orang selalu langgar lampu merah - Orang yang suka berzina walau tahu dan ada ilmu yang zina itu dicela.

Orang yg kadang-kadang langgar lampu merah - Takkan sekali-kali berzina kerana tahu zina itu dicela, tapi kadang-kadang 'main ringan-ringan', pegang-pegang tangan, cium-cium sikit.

Orang yang tak langgar langsung lampu merah - Usahkan berzina, segala mukadimah zina pun dijauhi, malah muamalat dijaga rapi lantaran takutkan azab Allah.

                                                                              ******


Lampu merah lampu hijau itu sekadar analogi.Malah peraturan ini bukanlah sempurna sangat pun, kekadang terlalu lama merahnya dan terlalu pendek hijaunya.Kadang-kadang rosak terus.

Lampu isyarat adalah sistem rekaan manusia.Sebab itu ia boleh rosak dan tidak sempurna.

Undang-undang Islam yang termaktub dalam Quran itu ciptaan Allah, merangkumi semua sisi kehidupan. Lampu isyarat digunakan semasa memandu sahaja, mana ada orang gunakan teori lampu isyarat semasa memasak nasi.

Sesungguhnya manusia tidak peka.Undang-undang yang hebat ini, jika semua beriman dan bertakwa dengannya, Insyaallah negara kita tidaklah huru-hara dengan kadar jenayah yang sangat ekstrem. Usahkan semua bertakwa, rakyat tidak beriman (percaya) pun dengan undang-undang islam ini kerana kurangnya penekanan.Kita hidup membabi-buta dengan undang-undang penjajah.

Arab Saudi hanya mengamalkan secebis sahaja dari undang-undang Islam, tapi ia tetap berimpak besar, dikhabarkan, kes zina sangat taboo, kekadang 5-6 tahun baru ada satu kes. Tapi di Malaysia,tak terbilang banyaknya sampai pening Jabatan Agama.

Sebagaimana anda percaya (beriman) bahawa lampu isyarat itu dapat menyelesaikan masalah lalu-lintas (dan sudah terbukti sejak hampir 100 tahun lalu) , anda lagi wajib percaya bahawa undang-undang Allah itulah jawapan sebenar akan masalah jenayah,sosial,rasuah,zina dan pelbagai lagi yang berkait dengan manusia. (Sudahpun diturunkan 1400 tahun yang lalu dan sudah terbukti pada zaman Nabi Muhammad dan era Islam gemilang).

Kita memang orang biasa, kita tiada kuasa, tapi kita ada kuasa untuk memilih penguasa.Gunakan kuasa itu untuk memilih yang beriman dan bertakwa! Bukan yang sekadar beriman (percaya) tapi tiada amal.
Tepuk dada.Tanya iman!

Wassalam

Ibrah 35: Kejar Dunia Tapi Tujulah Akhirat

Wednesday, July 7, 2010

Semua orang ingin kaya.Tetapi sesetengah orang, cukuplah sekadar 'senang' sahaja. Tapi bagi sesetengah yang lain , hobi utama adalah mencari wang sebanyak mungkin.Matlamat utama adalah untuk mengalahkan Datuk Seri tony Fernandes atau Ananda Krishnan kalau bukan Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary. Tiada siapa kata itu salah. Dan itu memang tidak salah.

Tapi yakinlah, bila anda berada di kedudukan itu, mesti anda bercita-cita untuk mengalahkan Carlos Slim Helu, Bill Gates dan Warren Buffet pula. Anda takkan puas. Itu adat pencari harta.

Bukankah Nabi kita pernah berpesan; Kejarlah dunia seolah-olah kamu hidup selama-lamanya! Dan kejarlah akhirat seolah-olah kamu mati esok hari.

Sungguh bernas sekali.

Tapi agak ramai yang menjadikan rangkap pertama sebagai matlamat dan yang seterusnya langsung tidak dihirau. Seolah-olah kalian bukanlah calon untuk jadi mayat satu hari nanti.

Firaun pun mati walau tidak pernah sakit sepanjang hayatnya.Anda?


                                                                          ******

Kekayaan harta adalah selemah-lemah makna kekayaan.Kekayaan yang hakiki terletak pada kekayaan jiwa.
Berapa ramai orang kaya yang jiwa tidak tenang lalu membunuh diri, tapi amat mustahil orang yang tenang dan kaya jiwanya untuk membunuh diri sendiri.Hanya yang miskin jiwa ditambah dengan pendek akal yang tergamak membunuh diri sendiri.

Donald Trump yang kaya raya itu pernah mengomel - " Semua orang ingin jadi seperti aku,kaya seperti aku, tapi aku sudah tidak peduli dengan semua harta ini, alangkah indah kalau aku diberi Tuhan ketenangan"

Kejarlah dunia tapi tujulah akhirat. Dunia perlu dikejar jika tidak anda akan ketinggalan.
Tapi akhirat itu matlamat kerana akhirat itu abadi sedangkan dunia ini hanyalah 'iklan' semata. Menarik tapi hanya sekejap.

Satu hari nanti, kita semua akan jadi jenazah a.k.a mayat.Anda tidak boleh berbekal dengan geran tanah mahupun geran kereta mahupun wang kertas bila diusung nanti , hanya kain kapan jadi teman.

Beringatlah untuk 'menabung' pahala anda dari sekarang. Kata orang tua-tua, Sikit-sikit lama-lama jadi bukit - bawalah berbukit-bukit pahala diwaktu kita mati nanti, jangan memikul segunung dosa. Sedangkan terik mentari pun tak tertahan, apatah lagi api neraka.

Nauzubillah.

Keluarlah berjuang bekerja untuk Islam.Itu insurans terbaik.

Wassalam

Ibrah 34: Demamkah Anda?

Tuesday, June 29, 2010

Meneliti kehulu dan kehilir, tiada topik lain yang rakyat bincangkan. Semua orang bincang soal Piala Dunia. Topik perbualan paling popular. Kalau anda tak reti berbual, nah, bercakaplah bab bola, mesti ada yang menyambut. Seluruh dunia tertumpu kepada Afrika Selatan

Mavi Marvara dan Rachel Corrie entah kemana.
Rakyat Palestin sedang disodok rumahnya tiada siapa peduli.

Isu judi? Isu buang bayi?
Tiada siapa peduli, semua peduli soal bola. Semua sedang demam bola..

Pernahkah anda demam 'Islam' sepertimana anda demam bola? Pernahkah anda mengambil tahu dan cakna tentang agama ini dengan sebegitu teliti sepertimana anda boleh tahu semua pemain England pakai seluar dalam warna biru? Juan Sebastian Veron pakai pelindung lutut yang sama sejak 4 tahun lepas? Atau kebanyakan pemain akan pakai seluar dalam sama kononnya bawa tuah?

Entah-entah, tanya bila Nabi lahir pun anda tidak tahu.

Bulan sudah mengambang, itu maksudnya ada satu setengah bulan lagi sebelum Ramadan.
Anda sedar atau tidak?

Hidup bila terlalu selesa, maka nikmat yang ada terlalu jarang disyukuri. nikmat Islam yang Tuhan kurniakan kita buat tak endah saja.Solat dan puasa sudah jadi ritual, buat sebab orang lain buat ataupun sudah terbiasa buat, kalau tak buat rasa macam janggal. Owh!

Cuba anda ambil sedikit masa dalam hidup anda.Cuba anda 'demam' Islam. Tunjukkan 'passion' anda sebagaimana anda tunjukkan ketika musim Piala Dunia ini. Tahu serba-serbi, pantang ditanya tentang Brazil, seluruh angkatan Brazil boleh dicerita seorang demi seorang.

Cuba anda tunjukkan semangat begitu bila diaju tentang Islam, siapa 'team' Nabi, apa taktik dan strategi perang Nabi, bagaimana nabi memberi inspirasi kepada angkatannya. cubalah sekali, nescaya anda akan jatuh cinta akan islam.

Demam bola sudah, bila lagi mahu "Demam" Islam ?


Wassalam

Ibrah 33: Magical of Knowledge

Wednesday, June 9, 2010

Salam wrt,

If we do not tell what we have learned, they will disappear in a few days.
The knowledge that you do not hand out is not yours.


“I have an egg,
You have an egg.
If you give me an egg and,
If I give you an egg,
Again you have an egg,
I have an egg.


You have knowledge.
I have knowledge.
If I give you my knowledge and,
If you give me your knowledge,
Now you have two and
I have two of it.


~Confucius~

Here lies the magical power of knowledge.

Do not forget! “A candle does not lose anything of its light firing another candle.”

Making a statement that will change people’s lives, you can change mankind, not only yourselves. If you cannot find anyone to listen to you, you can tell what you have learned to yourself.


Wassalam

Ibrah 32: Sentuhan Raja Midas

Tuesday, May 25, 2010

~Midas Touch~

Pernahkah anda jumpa individu yang semacam lengkap serba serbi? Mungkin suami anda, mungkin juga isteri anda, malah mungkin teman sekerja anda, lebih-lebih lagi kawan baik anda. Bila melihat dia bekerja,bermain,berbicara, berhujah,bersosial,berpolitik,berjemaah,dan lain-lain seakan cukup rempah ratusnya.Berbakat serba serbi.

Seakan setiap apa yang disentuhnya akan menjadi,biar apa pun yang disentuh.Seakan sentuhan Sang Raja Midas. Segala yang disentuh bertukar menjadi emas.


Cukup baik dan cukup mantap.Sehingga anda terasa betapa lemahnya diri kalau dibanding dengan kawan anda itu.Terasa rendah diri dalam syukur.Terasa rendah diri kerana diri masih tidak cukup sempurna tapi dalam masa sama bersyukur kerana Tuhan menghadiahkan seseorang yang sebegitu menjadi kawan dan sahabat.Alhamdulillah.

Ambillah peluang untuk belajar, kerana kadang-kadang Tuhan memberi pengajaran kepada kita melalui makhluk hidup yang melata dimuka bumi.Kerana pelajaran itu ada dimana-mana. Cuma memerlukan kita memeras sedikit akal supaya apa yang dilihat dan dirasa boleh diterjemah menjadi satu pelajaran untuk diri sendiri.

Hargailah sahabat dan kawan, yang berkualiti mahupun yang jelek, kerana bagi yang berfikir, banyak yang anda dapat pelajari.Belajar melalui hikmah sang bijak, belajar juga dari kesilapan yang kurang bijak.
Hidup mesti terus, ilmu mesti penuh.Burulah ilmu seperti orang yang kedahagaan air.Mencari dan terus mencari.

Selagi mana berpeluang,selagi mana peluang datang..hargailah sahabat.Terutama yang berukhwah dengan kita kerana Allah, itu mesti diletakkan sebagai keutamaan.

Pilihlah sahabat dan kawan berkualiti.Kerana kawan dan sahabat itu seperti cermin.Apa yang ada dalam cermin itu ada juga pada anda.Pilihlah 'cermin' yang terbaik.Yang kabur-kabur atau yang retak, maka janganlah jadikan ia sebagai keutamaan.Insyaallah, bila anda dikelilingi orang-orang yang terbaik, maka anda akan pacu diri nada menjadi yang terbaik juga.Itu hukum alam.

Singa hanya duduk dengan singa, badak bersosial dengan badak.Tidak mungkin babun bersosial dengan kuda belang!

Jika anda mempunyai seorang sahabat yg hebat dan terbaik, hargailah.Jika diri anda belum lagi yang terbaik, maka berusahalah!

Tukar minda anda.Kadang-kadang kita merasa ilmu sudah cukup;ia seakan-akan gelas yang sudah penuh.Tidak dapat ditambah lagi dengan air baru mahupun ditukar dengan air perisa lain.

Maka,jangan sekali-kali merasa diri sudah penuh dengan ilmu, sentiasa ingat bahawa ilmu itu sentiasa perlu dicari,seakan air yang baru memenuhi setengah gelas,mesti diisi, dan diisi lagi sehingga penuh.

Insyaallah, satu hari nanti, anda sendiri akan jadi 'Raja Midas' bagi orang-orang sekeliling anda.

"The HAPPIEST people does not necessary have the BEST things.
They simply APPRECIATE the things they have"



Wassalam

Ibrah 31: Antara Jasad & Akal

Wednesday, May 19, 2010

Antara jasad dan akal.

Sewaktu kanak-kanak dulu,semasa dunia ini belum dikenali secara benar,sebelum tahu bumi ini bulat, penulis sering berfikir bahawa dunia ini tidak adil, kerana orang yg kuat kerjanya membanting tulang memerah keringat (buruh) sedikit gajinya berbanding si mandur yang menggoyang kaki yg berganda-ganda gajinya jika dibanding.

Rupa-rupanya sifir dunia ini bukan begitu.



Yang pandai mengguna akal dibayar berganda.Yang hanya tahu membanting tulang dibayar sekadarnya.
Itu realiti dunia.

Rupa-rupanya, mengguna akal itu lebih sakit dari mengguna tubuh untuk bekerja.cuba lihat CEO-CEO syarikat ataupun pemimpin-pemimpin besar, ramai yg putih rambutnya, seakan terbakar dek kuat berfikir.Silap langkah,mereka ini dulu yg masuk kubur kerana penyakit yg bertimpa-bertimpa.

Pernahkah anda stress yg panjang? Tentu anda mengerti bagaimana rasanya bukan? Habis stress, bukan sehari dua untuk kembali ke asal.

Berbanding letih fizikal,tidur yg lena dan rehat yg tidak berapa lama sudah cukup untuk mengembalikan kecergasan.

Sebab itu akal kedudukannya lebih tinggi dari jasad.Jasad itu hamba kepada akal.Jasad itu 'buruh' kepada akal.Mengikut arahan akal dalam bekerja dan melaksana sesuatu.

Kalau anda perasan,disegenap sudut dalam apa-apa bidang pun, orang yg diatas itu mesti lebih banyak menggunakan minda dan akal dari orang dibawahnya.Pemimpin masyarakat,pemimpin syarikat,pemimpin politik,pemimpin keluarga dan segala-gala bidang.Siapa yg lebih geliga akal,taktik dan strategi,dialah yang akan diatas.Siapa yg malas berfikir,malas melatih otak,suka mengikut arahan, maka sentiasalah dia menjadi pengikut.

Pengikut dan pemimpin itu banyak bezanya.Samada dari segi taraf, kedudukan, dan cara berfikir.
Kita perlukan pemimpin sepertimana kita perlukan makan dan minum.
Jika anda kurang berbakat untuk memimpin, anda mesti berusaha untuk menjadi pengikut yang baik. Jika anda memang berbakat, maka jangan persiakan bakat anda, pimpinlah orang lain ke jalan yang benar.

Akal itu pemimpin kepada jasad.Maka latihlah akal untuk menjadi kuat dan tangkas.Moga-moga boleh memandu kita ke jalan yang kanan.Bukan jalan yang penuh dengan syaitan.

Akal itu pun semacam otot, semakin banyak diguna dan dilatih, semakin kuat dari hari ke hari. Anggaplah masalah itu sebagai latihan ; dengan syarat minda mesti positif. Tiada guna berdozen masalah diselesaikan tapi dengan hati yang berat dan jiwa yang karat. Tidak kemana anda nanti.

Maka gunakanlah akal anda sebaiknya.Masih banyak ruang yang ada untuk kita gunakan akal kita untuk menyumbang. Terutamanya untuk Islam. Golongan-golongan seperti kita yang selalu perasan sibuk sekurang-kurangnya gunalah akal untuk menghasilkan idea bernas. Walu bukan kita yang praktik, mungkin orang lain boleh melaksanakannya. Yang penting, ada sesuatu untuk disumbangkan.

Wassalam




Ibrah 30 : Bingkisan Sang Murabbi

Thursday, May 13, 2010

Bingkisan Sang Murabbi

Sekadar ringkasan dari salah satu sesi usrah di Pandan, dipimpin oleh Ustaz Zulkifli Ahmad , Ketua Pemuda PAS Pandan.

1.Ahli jemaah perlu berkualiti.

Ramai tapi membebankan lagi menyakitkan dari sedikit tapi berkualiti.Tidak berguna anda mengaku diri sebagai orang yang menegakkan Islam tapi pada masa yang sama tiada langsung sumbangan kepada perjuangan.Kita mesti bijak mengatur strategi.Sentiasa mempertingkat diri sendiri.Berusaha membentuk generasi selepas kita,apa yang penting, sentiasa berfikir,bercakap dan bertindak tentang bagaimana mahu memenangkan Islam di bumi Allah ini.

2.Jadilah pejuang yang mutlak.

Sebagaimana air mutlak itu suci dan menyucikan.Begitu juga halnya dengan manusia.Matlamat terang dan jelas dengan kefahaman yang betul akan men'jelas'kan orang lain.Sebagaimana solat mutlak yang tiada tujuan lain selain mahu merapatkan diri dengan Allah.Pejuang yang mutlak juga sentiasa mahu merapatkan diri dengan Allah.Bulatkan tekad dan faham anda tentang Islam dan perjuangan.Jangan mudah terpengaruh dengan fikrah yang tergelincir.

3.Komitmen dan iltizam.

24 jam yang ada perlu dipecah perintah sebaik-baik kerana masa kita sangat terhad.

4.Wala'

Sesuatu yang sangat pupus dalam BN tapi semakin cair didalam Pas.Oleh itu, ubah diri, buang ego.Wala' dan taatlah kepada pimpinan.Dengar dan taatlah.Kerana kita akan diuji.

5.Sumbangan itu biasanya kurang terasa tapi pengorbanan itu sangat menyakitkan.

Aman terhasil dengan islam,Islam tertegak dengan iman.Maka Berimanlah!

Wassalam

Ibrah 29 : Why We Strive For No 1

Sunday, May 9, 2010


"Why does Singapore have to be No. 1 in everything?


"If we don’t strive to be No. 1, you will be No. 10."

"You try to be No. 1, you might be No. 2 or No. 3.Do your best. You don’t have to be No. 1, but do your best and try to be No. 1. That’s our attitude."
"Look, we have got no natural resources. We have got nothing except human beings in a small but strategic location"
Lee Kuan Yew

Komen Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura, semasa ditemuramah saluran National Geographic.

Singapura tiada apa-apa.Modal singapura hanyalah kedudukan pulau cilik itu di kedudukan yang sangat strategik.Modal itulah yang diguna para pemimpin Singapura untuk mencanang Singapura ke seluruh dunia.


Singapura tiada minyak.Dan tiada syarikat minyak nasional yang hebat bertaraf Fortune 500 (Malaysia ada!).Singapura tiada syarikat perladangan terbesar di dunia (Malaysia ada!). Singapura tiada tanah yang luas (Malaysia ada!) . Membina bangunan pun kena beli pasir negara orang.Singapura tiada rakyat yang ramai.Mungkin cuma 4 juta lebih sahaja (Malaysia hampir 27 juta!).


Jika Singpaura tidak positif, mungkin Singapura sekarang sama taraf dengan Togo.


Tapi realiti tidak begitu.Hampir semua hal,Singapura didepan berbanding negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat,Malaysia bukan lawan bagi Singapura.


Penulis bukan taksub Singapura, menjejak kaki pun tidak pernah.Tapi kadang-kadang, realiti kehidupan itu hanyalah disebelah tangga.Kenapa dengan segala kekurangan yang ada, mereka boleh membangun dalam serba-serbi bidang sehingga menjadi pusat rujukan.


Bukankah peranan itu sepatutnya orang Islam yang menjuarai? Seperti yang tercatat dalam sirah-sirah terdahulu.Sungguh hebat sejarah dahulu sampai semua tamadun dunia mesti mengaitkan diri dengan Islam.


Adakah kita hanya patut berbangga dengan sejarah dahulu, sedangkan kita tidak mampu mencipta sejarah, hanya mampu melihat orang lain saja mencipta sejarah yang hebat-hebat!
Singapura berjaya mencipta masyarakat berpendapatan tinggi.Mereka menguasai ilmu.Mereka menguasai teknologi dan kemahiran.Mereka membuat orang lain terpaksa merujuk mereka dalam semua hal.


Begitu juga negara-negara maju lain seperti Eropah dan US, malah Israel yang jahat itu mempunyai ciri-ciri yang sama.


Mereka membuat kita merujuk kepada mereka.


Kita bukan lagi tempat yang dirujuk.

Islam bukan lagi tempat yang dirujuk.


Sekarang Islam berada dibawah kerana orang-orang yang menganut islam hampir semuanya berada dikelompok bawah.Sedar atau tidak sedar, umat islam membentuk hampir satu pertiga dunia dengan hampir 1.5 billion penganut sedangkan umat yahudi hanya berjumlah 10 juta orang.


Kenapa negara bukan islam seperti Singapura diistihar sebagai salah satu negara yang paling kurang rasuah, kenapa tidak negara-negara majoriti umat islam? Bukankah orang Islam itu mesti amanah?


Kenapa semua ciri-ciri yang sepatut ada pada orang islam seperti jujur,amanah,bekerja-kuat itu ada dalam diri orang bukan islam walhal mereka tidak menghayati Islam pun.Kenapa negara islam seperti Malaysia kadar jenayahnya tinggi? Pening kepala dibuatnya.


Usah fikir banyak.Semua tanggungjawab untuk merubah semua itu terletak atas bahu anda dan kita.Kitalah yang perlu mengangkat Islam ini ke tempat asalnya.


Tinggi setinggi-tingginya. Mulia semulia-mulianya.


Beranikah kita? Insyaallah.Teruskan berusaha. Jangan berhenti.Rehat sekejap itu perlu, tapi jangan lama-lama.


Jom kita berjuang!


Wassalam

Ibrah 28: Secebis Azam,Menggunung Harapan

Wednesday, April 28, 2010


Secebis Azam,Menggunung Harapan.

Selamat Hari lahir buat diri sendiri!

Hari Lahir yang ke 25 diiringi dengan rezeki dari Tuhan yang Maha Pemurah.Lahirnya Muhammad Azam Akif tanggal 11 April sungguh menggembirakan.Permulaan baru kareer ditempat baru juga amat disyukuri.

Alhamdulillah.Syukur pada Allah.

Tapi,barang diingatkan, berpada-padalah kalian menyambut hari lahir.Semakin bertambah umur kita menandakan semakin dekat kita akan tarikh mati. Kita tidak diajar untuk takut mati tapi kita selalu digalakkan supaya ingat selalu akan mati.Itu peribadi orang bijaksana.

Semakin umur anda meningkat, maka makin besar tanggungjawab anda dalam segala sudut.

Sebagai anak-Ibubapa anda juga semakin bertambah umur selari dengan bertambahnya hari lahir anda, berikanlah kasih sayang anda kepada mereka seoptimum mungkin.Adik-adik anda juga semakin besar, maka pandulah mereka kejalan yang terbaik.Berikan mereka kompas kehidupan.

Sebagai ketua keluarga @ pembantu ketua keluarga - meningkatnya umur anda diiringi dengan ahli keluarga yang semakin bertambah, ditambah dengan tanggungjawab baru.Didiklah anak anda sebetulnya.Jangan biarkan TV atau amah yang mendidik mereka.

Sebagai pekerja- semakin senior anda, semakin besar tanggungjawab anda.Jaga betul-betul amanah anda.Ingat,tidak amanah bukan ciri orang yang betul-betul beriman.

Besarnya tanggungjawab, besar pula pahalanya. Carilah keredhaan Allah.Nescaya nanti Allah akan bantu kita.Bergantung penuhlah padaNya.Pasang azam anda bulat-bulat.Buat betul-betul.Jangan main-main.Insyaallah

Selamat Hari lahir!


Wassalam

Ibrah 27:Hidup Pisang Hanya Sekali

Tuesday, April 27, 2010


Ibrah 27:Adat Pisang,Berbuah Hanya Sekali


Pisang itu lebih hebat mendidik anak dari manusia mendidik anak barangkali. Mana pernah kita jumpa anak pisang emas jadi pisang raja, pisang emas nescaya anaknya pisang emas jua, sama sekali tidak mutasi jadi pisang tanduk mahupun pisang kerpal.

Siapa kata kita tidak boleh belajar dari alam. Pisang, menyedari berbuahnya hanya sekali, sedari terbit sang jantung, sudah berkira-kira untuk si anak keluar tunasnya.Pisang tahu hidupnya hanya sekali. Berbuahnya pun hanya sekali.

Manusia barangkali sukar mahu belajar dari alam.Sikit orang yang datuknya ulamak,maka anak dan cucunya jadi ulamak yang lebih baik dari datuknya itu. Sama juga dengan ahli perniagaan, tidak terlalu besar jumlahnya golongan yang berjaya mendidik anak-anaknya lebih hebat dari diri sendiri. Kebanyakannya, runtuh diperingkat generasi kedua apatah generasi ketiga.Itu fakta. Kebanyakan perniagaan keluarga akan merudum bila si pengasas jadi mayat dan diambilalih oleh sang pewaris.Masuk generasi ke-3, syarikat hasil titik peluh si datuk, cucu sendiri yang lelong.

Pisang sekurang-kurangnya menunaskan anak yang setidaknya akan bersikap seperti induknya,saling tak tumpah rasanya dan rupanya bila besar dan berbuah nanti.Mustahil pisang emas akan melahirkan baka yang rasanya seakan pisang raja.

Keluar sahaja jantung, maka si anak sudah mula bertunas, menandakan riwayat si induk bakal berakhir dan si anak akan menyambung tapak yang sama.

Wahai insan, ambillah ibrah.Didiklah pewaris-pewaris anda itu paling kurang; mesti sama baik ilmu dan amalnya dengan anda. Yang lebih baik, didiklah mereka supaya lebih baik dari anda dan lebih berguna kepada masyarakat.

Bersiap-siagalah untuk hari selepas mati.Bak kata sang cerdik pandai, yang paling bijak adalah yang paling banyak ingat hal mati.Pastikan kita juga terpalit dalam golongan-golongan itu.
Persiapkanlah diri anda.Persiapkanlah keluarga anda.Dan akhirnya, persiapkanlah buku kira-kira amalan anda.Semoga kubur kita itu seakan salah satu dari taman-taman syurga.Insyaallah.

Wassalam

Ibrah 26:Tahu Apa Maksud C.I.N.T.A ?

Wednesday, April 21, 2010


C.I.N.T.A : Cinta Itu Ikut Nabi, Taat Allah

Hanya dua formula. Mudah bukan. Tak susah sangat pun sebenarnya nak hidup senang didunia dan bahagia di akhirat.

Formula [1]: Ikut Nabi
Formula [2]: Taat Allah

Full stop.

Tak memerlukan ilmu tinggi macam roket sains untuk faham.Dengan sistem pendidikan negara Malaysia yang 'mantap' ini, mustahil anda tidak boleh faham 2 formula mudah ini.Faham dan buat dua perkara berbeza.Tapi yang penting, untuk buat, anda kenalah faham dulu. Dan anda faham bukan?

Kita ini manusia biasa, maka tuhan turunkan nabi sebagai manusia biasa, bukan sebagai makhluk ajaib yang hebat serba serbi atau orang kuat ala-ala Superman.Nanti anda beralasan kukuh Nabi ini susah untuk diikut, sebab orang hebat ala Superman itu bukan ramai pun kat dunia ini.

Rasullullah lagakya seakan manusia biasa saja, dengan kehidupannya yang sangat sederhana, budi pekerti yang amat elok.Akhlak tiada bandingan.Cuma mukjizatnya yang mustahil untuk kita tiru. Yang lain-akhlak, perilaku, tatatertib, sudah diajar baginda untuk kita contohi.Cuma mahu atau tidak mahu saja.

Nabi punya kesenangan dan kesusahan yang sama semacam kita.Nabi Muhammad melalui kehidupan sebagai manusia biasa sebelum diangkat menjadi NAbi.Maka, setiap peri pekerti dan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad sama sekali tidak mustahil untuk dicontohi oleh kita - manusia biasa.

Ikutlah setiap perkara yg nabi pernah buat.Walau perkara yang paling remeh sekalipun.Nescaya ada hikmah dan kebaikan.Dan jauhilah apa jua perkara yang Nabi tidak suka, kerana dengan hikmah yang ada pada Rasullullah, kebarangkalian perkara itu membawa keburukan adalah besar.

Allah tuhan yang menciptakan kita.Kalau bukan Allah, anda mahu taat tuhan mana lagi? Tiada Tuhan selain Allah.
Tak taat Allah, itu sangat silap.Jadi jangan buat silap.Silap-silap balasnya bukan syurga.
Jangan main-main.Jangan pandang mudah.

Jangan sekali-kali mengangkat Tuhan yang lain dalam diri anda.Kerana sesungguhnya tiada sama sekali Tuhan yang lain selain Allah.

Juga tidak mementingkan sesuatu yang lain yg berbentuk keduniaan seperti material walau kerjaya atau hobi lebih tinggi dari tempat yang sepatutnya.

Bab tahu.anda sudah tahu.Bab amal,pandai-pandai mencorak langkah membuka gerak. Ingat, mati hanya sekali. tapi hidup itu dua kali.Satu sementara dan satu lagi kekal selamanya.

Jom kita C.I.N.T.A

Wassalam.

Ibrah 25: Lokasi, Lokasi & Lokasi

Saturday, April 3, 2010



Sangat rimas bila ada sebahagian golongan sibuk mempersoal tempat dan ketika berbanding isi dan nilai.Sangat sibuk membuat analisis dan taa'kulan sendiri tentang tempat anda berjuang dan tempat mereka berjuang.Seakan itu agenda yang paling penting, sedangkan ramai lagi sahabat-sahabat yg tercicir belum dihulur bantuan.

Mereka lemas dlm dunia pekerjaan,dunia rumahtangga.Hulurkan tangan kepada mereka dahulu, mereka lebih memerlukan.Berbanding mengatur perbualan bertajuk sedemikian.

Kita yang berada dalam sampan Pandan, sampan Paka, sampan Kemaman, sampan Bintulu mahupun sampan Tronoh biarkan dahulu.Usah periksa sampan kami bagus atau tidak, hulurkan dulu tangan anda kepada sahabat-sahabat yang sedang lemas itu.Mereka sedang terkial-kial, mereka masih tidak mahu berpaut pada mana-mana sampan.Yang pastinya, mereka perlukan pertolongan.

'Sampan' mana anda berada, itu tidak terlalu penting.
Apa yang penting, anda kena sama-sama mendayung sampan itu melawan arus dan tidak tenggelam.

Usah peduli sampan mana mereka mereka ini menetap dan mendayung.Setiap 'sampan'ada kebaikan dan keburukan masing-masing.Ada ujian dan cabaran tersendiri.Itu sudah pasti.

Usah pandai-pandai membuat andaian 'sampan' kami sudah kuat, maka kami kena turun dan cari sampan yang lemah.Entah-entah ditengah perjalanan mencari sampan yang lemah, kami dulu yang lemas.Anda mahu bertanggungjawab?

Usah sibuk mencerca dan mengomen 'sampan' orang, kerana mungkin 'sampan' anda yang karam dulu.

Sibuklah mencari jalan agar sama-sama kita merekrut lebih ramai orang untuk berjuang.Sibuklah memeras otak mencari jalan untuk menyebarluaskan Islam.Kasihanilah sang murabitun yang bertungkus lumus berjuang sedangkan ganjaran tidaklah seberapa.Jangan anda sakiti hati mereka dengan mengomen 'sampan' mereka.

Kerana 'sampan' kita itu pun bukan sempurna sangat.

Bila orang Paka itu tak perasan bahawa mereka 'Pekak' kepada seruan jemaah.
Mereka buat tidak tahu saja seruan-seruan supaya keluar berjuang.Buat endah-tak endah saja akan laungan rakan seperjuangan.

Bila orang Kemaman itu tak perasan bahawa mereka itu 'Komang Sepana'.
Anda cuma melopong jadi sang pemerhati.Sedangkan anda mampu berbuat,merancang dan bertindak.Anda rasa diri anda memang 'komang' sampai anda tak cuba untuk berbuat apa-apa pun.Anda inferior akan diri sendiri.

Bila orang Pandan itu tak sedar mereka sedang jadi 'Pondan'.
Anda lesu akan seruan jihad,anda tidak berjuang sepenuh hati, anda rasa kecut dengan segala cabaran.Anda kalah dengan keperluan kareer anda.

Bila orang Bintulu itu tak perasan bahawa mereka sedang Kelu.
Anda tidak ambil pusing dan anda tidak ambil tahu.Anda cuma kelu jadi pemerhati.Anda punya potensi tapi anda rasa anda tak mampu.

Dan bila orang Tronoh itu tidak senonoh.
Anda berada ditempat ideal,cabaran anda cuma ruang lingkup anda.Malah anda tidak di'usik' dengan cabaran duniawi yang lain pun.Itupun anda tidak 'senonoh' dengan ajakan untuk keluar berjuang.

Tapi bila..


Orang² Paka itu jadi orang yang 'peka', maka hebat dan gahlah kawasan Paka.

Orang² Pandan itu jadi mewangi menyebar syiar islam semacam daun pandan wangi menyebar baunya, sejahteralah masyarakat Pandan.

Orang² Kemaman itu itu 'kemam' islam itu rapat-rapat dan erat-erat.Suburlah Islam di Kemaman.

Orang² Bintulu bertalu-talu menyampai dan meyebar Islam.Nescaya satu hari Bintulu itu akan gah dengan Islam.

Sebab Islam itu semacam roda, sekejap di atas, sekejap dibawah.Kita tak tahu bila roda itu akan berputar lagi, cuma yang kita perlu tahu, kerja kita tak akan pernah habis, tenaga kita tak boleh berhenti untuk dicurahkan, duit kita jangan sebarang-barang diperhabiskan.Kerana kerja belum habis!

Bila Islam di bawah, kita kena tetap menyokong dan mendokong.Walau semua segan mendekati,walau semua tak yakin akan Islam.Ujian dikala kalah sangat perit.Seakan seluruh dunia menentang apa yanganda bawa.Seakan anda sedang berenang melawan arus.Sukar sekali.

Bila Islam diatas, kita mesti lebih tetap menyokong dan mendokong, dikala orang berbondong-bondong menyokong perjuangan.Dikala itu, semua orang mengaku dirinya ahli perjuangan.Anda kena tetap utuh.Anda kena tetap teguh.Ujian dikala menang lebih mencabar dikala kalah.Juga amat sukar.

Kesimpulan,Jika Islam diatas mahupun Islam dibawah.Islam menang atau Islam belum menang, ujian tetap akan ada.Anda tetap kena utuh dan teguh.

Yang penting,bina ukhwah anda,bina fikrah anda kerana bila anda diuji..Anda takkan mudah menyerah!

Wassalam

Ibrah 24: Berjuang dalam Faham

Wednesday, March 31, 2010



Kenapa anda sibuk-sibuk memperjuangkan Islam?

a)Sebab anda mahu masuk syurga.Sebab anda tak yakin boleh tahan azab neraka.

b)Sebab anda yakin dengan Islam.Anda rasa Islam ini hebat dan semua orang patut rasa apa yang anda rasa.Indah bukan?

c)Sebab anda rasa inilah tujuan anda hidup didunia.

d)Sebab rasa berdosa membiarkan orang lain terkontang kanting pergi berjuang sedangkan anda bersenang-senang.

Walau apa jawapan anda,marilah berjuang atas kefahaman.Sekali-kali bukan ikutan.Faham betul-betul apa itu Islam,Iman dan Ihsan.Faham dan hadamilah kenapa Rasullullah bersungguh-sungguh sangat memperjuangkan Islam.

Nescaya, bila anda faham, anda sudah tidak perlu motivasi dari orang lain, anda sendiri yang akan jadi motivator untuk yang lain.Indah bukan?

****

Walau sudah berkali-kali, tapi suka diulang biar beribu kali, kerana putaran sejarah menulis bahawa manusia [tidak termasuk org berjuang, tp anda termasuk dalam golongan berjuangkah?] ini gila wanita,harta dan takhta.


Suka diperingatkan kepada sahabat-sahabat yg gila kerja dan gila kareer. Kerja dan kareer anda itu sgt penting, tapi Islam ini lebih penting utnuk ditegakkan.

Anda kerja bagai orang gila, tapi jika sampai masanya,jika ditakdirkan anda bukan lah yg layak berada disitu,adakah syarikat itu akan gila-gila mempertahankan anda? Tidak bukan?

Suka diperingatkan kepada sahabat-sahabat yg terlalu utamakan isteri dan anak.Isteri dan anak anda itu sangat penting, tapi Islam ini lebih penting untuk dipertahankan.

Nanti bila anda jadi mayat,anak isteri anda tidak akan ikut sekali walau seutuh mana kasih sayang anda.Ingat,sendirian juga di alam mayat.

Suka diperingatkan kepada sahabat-sahabat yang tidak yakin akan rezeki jika turun ke medan. Ya, rezeki itu memang penting,tapi rezeki itu hak Allah, utamakan hak Allah, nescaya nanti Allah akan membalasnya kepada anda.

Jika bab rezeki masih mengharap pada manusia.Anda kena perbetulkan iman dan akidah anda.Kalau soal iman dan akidah belum jelas dan terang, soal perjuangan ini bukanlah tahap anda.

Anda baru nak bertatih sedangkan orang lain sudah bermarathon.Rezeki itu bukan ditangan manusia.Allah jua yang menentukan.

Suka diperingatkan kepada isteri-isteri yang obses-nak-mati kepada suami dan anak anda. Ya, cinta anda itu memang suci, tapi jika anda mencintai suami anda bukan kerana Allah, nanti bila ujian rumahtangga melanda, andalah orang yg paling hancur hatinya atas muka bumi.Cintailah suami itu kerana Allah.

Maka,nikmat Tuhan yang mana engkau telah dustakan?

Jangan leka.Jangan sesekali terpedaya.

Wassalam.

Ibrah 23: Fardhu Ain Fardu Kifayah

Sunday, March 21, 2010



Kita berada dizaman orang sudah tidak pentingkan agama.Agama hanyalah ritual, bukan sistem dalam kehidupan.Agama hanya diguna ditempat-tempat tertentu saja.Mahu kahwin baru terhegeh kenal agama.

Manusia sudah tidak bisa membezakan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah lagi.Orang sudah tidak peduli yg Ain itu wajib ,Kifayah itu itu untuk direbut,siapa cepat dia dapat.Lagi banyak pahala.

Manusia sudah tidak peduli itu semua, fardu kifayah dilupa terus, fardu ain pun entah tau atau tidak.Ramai cemerlang bila diuji dalam peperiksaan. Tapi terus lupa bila masa untuk diamal.

Fardu Ain itu semacam makan bila lapar.Semua orang lapar dan semua orang akan makan bila lapar.Makan itu wajib jika tidak akan jadi mudarat.Tak perlu mewakilkan orain lain untuk makan bila diri sedang kebulur, bukankah kita sendiri yg akan makan?

Sebab itu dalam soal-soal fardu ain, usah mengharap orang untuk ingatkan anda, anda patut bertanggungjawab atas diri anda sendiri.

Fardu kifayah itu semacam memasang ubat nyamuk dalam sebuah bilik yg penuh dengan nyamuk.Tak perlu semua orang pasang ubat nyamuk setiap seorang, nanti lemas dengan asap nyamuk, memadai diwakilkan seorang untuk memasang ubat nyamuk.Baru kena dan sesuai.

Itu hal yang boleh dilihat.Perihal makan semua orang tahu.Perihal ubat nyamuk juga semua orang tahu.

Tapi kenapa soal-soal agama, kebanyakan orang buat-buat tidak tahu? Masakan anda lupa rukun iman dan rukun islam itu fardu ain? Solat,Puasa,Zakat ,Haji dan lain-lain yang bersangkutan itu perintah Tuhan? Kenapa anda buat tidak tahu.

Kadang-kadang, yang fardu kifayah itu,juga boleh berubah menjadi wajib mengikut keadaan. Diwaktu peperangan besar misalnya.Anda wajib turun ke medan untuk mempertahan negara bilamana askar-askar bergaji sudah tidak cukup anggota dan bilangan. Maka tanggungjawab itu jatuh ke bahu anda.

Lain contoh: Anda tidur di rumah yang amat besar dan ramai orang dan berbilik-bilik dan banyak nyamuk.Takkan anda sanggup mewakilkan seorang kawan sahaja untuk pasang begitu banyak ubat nyamuk? Kasihanilah kawan anda, dia juga mahu berehat.Bukankah senang jika anda berpakat beramai-ramai dan memudahkan kerja.Seorang beli ubat nyamuk, seorang tukang pegang mancis, dan yang lain tukang pasang.Wah, bukankah cepat siap,cepat tidurnya.

Maka, begitu juga halnya dengan kerja-kerja islam ini.Anda jangan jadi pemerhati sahaja. Bantulah sahabat-sahabat yang sedang berusaha 'pasang ubat nyamuk' untuk umat ini.Usah tunggu dan perhati sahaja. Tolonglah dia 'pasang ubat nyamuk' di tempat anda.

Bukankah dunia sekarang ini penuh dengan nyamuk? Anggaplah undang-undang isla m itu sebagai kelambu.Kelambu tidak bisa dipasang seorang diri. Bantulah mereka untuk membantu anda.

Maka nantinya, dapatlah kita berteduh semalam dua dari serangan nyamuk.Bukankah itu sunguh menyelesakan?

Ada 3 watak penting yang anda boleh pilih.

1- Tukang pasang kelambu
2- Tukang tengok orang pasang kelambu
3- Tukang bakar kelambu


Itu semua analogi.

Anda bayangkan kelambu dan ubat nyamuk itu Islam; dan nyamuk itu Syaitan,Yahudi,propaganda Yahudi,Orientalis,Pemerintah (yang berpaling dari Islam dan berusaha untuk menjatuhkan orang yg memperjuangkannya- anda tahu siapa bukan?) dan sewaktu dengan sekalian golongan ini.

Sekarang, pilih watak anda;

1- Tukang pasang kelambu

Orang yang sibuk-sibuk untuk menaikkan dan memperjuangkan Islam demi kebaikan orang lain dan masyarakat.

2- Tukang tengok orang pasang kelambu

Orang- orang yg bendul, tahu tapi sama sekali tidak mahu.Mengerti tapi tidak proaktif.Tahu tapi buat-buat tidak tahu.Tepuk dada tanya Iman.Banyak sumber untuk menyumbang, tapi malas,tak yakin diri,terlalu rendah diri,takut hilang rezeki dan 13850 juta alasan yang tak terfikir dek akal.

3- Tukang bakar kelambu

Pengkhianat agama.

******


Kebanyakan kita rasa kita adalah salah seorang tukang pasang kelambu tersebut.Bersyukurlah jika anda memang betul-betul salah seorang dari sang pemasang kelambu dan ubat nyamuk tersebut. Betul-betul di medan untuk memperjuangkan agama mulia ini.

Tapi, sedarlah dari mimpi cepat-cepat, jika anda rasa anda sudah banyak berbuat amal dan sekarang masa untuk anda jadi pemerhati sahaja.Kerana kerja ini tidak akan pernah habis selagi mana masih ada manusia atas mukabumi ini.

Anda cuma layak untuk berhenti sekejap, berhenti untuk melepas lelah.Tapi jangan lebih dari itu.

Lagi malang, jika anda dari dulu sampai sekarang cuma sekadar pemerhati.Tiada sumbangan dan tiada nilai.

Paling celaka.Jika anda termasuk dalam golongan tukang bakar kelambu yakni pengkhianat agama. Bertaubatlah!

Apa yang anda pilih untuk jadi dengan apa yang anda sedang buat itu satu hal yang sangat berbeza.Pilihlah dan buatlah.Walau apa jua profession anda,percayalah, ruang untuk menyumbang itu tidak pernah tertutup.

Mungkin anda kabur dan tidak nampak, maka usahalah untuk mencari.

Wassalam.

Ibrah 22: Azan Yang Penuh Hikmah

Saturday, March 13, 2010


Azan bermula dengan Allah dan diakhiri dengan Allah jua.

Anda mendengar kalimah mulia ini berkali-kali dalam sehari.Berulang-ulang dari anda baru keluar dari rahim ibu anda sehinggalah saat anda mahu dimasukkan kedalam liang lahad.Berulang-ulang sehingga anda sudah masak dan sudah hafal urutan 'lirik'nya.

Azan adalah salah satu ciri kehebatan Islam. Biar beribu bahasa dan bangsa didunia ini, tapi kalimah dan sebutan azan tetap satu.Ini salah satu ciri kebersamaan umat Islam.

Cuba anda ambil satu frasa universal- 'I Love U' sebagai contoh, walau isi dan maksudnya sama seluruh dunia, tetapi ia berubah mengikut bahasa dan bangsa.Menunjukkan setiap bahasa dan bangsa ada caranya tersendiri untuk menyampaikan maksud 'I Love U' tersebut.

Berbeza sekali dengan azan.Universal dan dalam kelas tersendiri.Utuh walau sudah beribu tahun.Tiada perubahan sedikitpun seruannya sejak zaman Rasullullah.Tiada terhakis dengan zaman walau Islam dibawah mahupun diatas.

Anda tahu hikmahnya?

Azan itu bermula kalimah Allah dan berakhir dengan kalimah Allah.Menunjukkan kehidupan kita ini berpusat kepada Allah yang Maha Mencipta kita semua.Kehidupan kita bermula dicipta Allah dan akhir nanti akan dimatikan Allah.Kita bukan dicipta semata-mata untuk diri kita sendiri.Ada sebab kita dicipta dan dilahirkan.

Azan memperingatkan kita tentang kalimah syahadat kita- Akujanji dan ikrar kita bahawa 'Tiada Tuhan selain Allah' dan 'Nabi Muhammad Pesuruh Allah'.Berkali-kali (2 kali ulang) diingatkan supaya jangan sekali-kali kita syirik dan kufur, nanti neraka padahnya.

Kalimah 'Marilah mengerjakan solat' lebih dahulu disebut dari 'Marilah menuju kejayaan'. Dinisbahkan bahawasanya solat itu lebih penting kerana ia sendi dan tiang.Lebih penting dari sibuk mengejar kejayaan didunia mahupun akhirat.Solat itu lah amalan yang pertama sekali akan dinilai dan dihitung.Rosak solat anda- rosak berkulat segala amalan lain.Juga sebagai nisbah mengejar akhirat itu lebih utama dari mengejar dunia.

Azan dimulakan dengan membesarkan Allah dan diakhiri dengan penegasan tiada tuhan lain selain Allah.

Dengan peringatan berulang-ulang sehari-hari ini,Jika anda sudah hidup 25 tahun, maka selama itulah anda diperingat kan sehari-hari.Jika anda masih belum mahu mengerti, wajarlah anda digolongkan dalam golongan si bendul.

Kalau anda baru perasan semua hikmah-hikmah ini, bersyukurlah dan sujudlah kepada Tuhan.Mungkin ini satu titik mula atau 'wake-up call' yang anda bukan lagi si bendul.Anda sudah mula mahu buka minda anda,mengorak langkah mengota apa yang dikata.Masuklah dalam barisan-barisan pejuang-pejuang Islam.

Itulah sebaik-tempat bagi orang yg bukan bendul.

Marilah menginfak diri,keluarga dan harta anda dalam perjuangan menegakkan Islam.
Teruskan berfikir sambil tambahkan zikir.

Wassalam.