Mata helang 8x lebih tajam dari mata manusia dan mampu 'mengunci' sasaran dari jarak 1 kilometer ketika sedang terbang. Manusia sangat terbatas, terlebih sedikit merenung komputer maka rabun dekat nantinya.
Kura-kura boleh tahan tidak minum air selama 5 tahun dengan syarat mengunyah sedikit daun-daun kayu sebagai makanan, anda? berjalan kaki 100 meter sudah tercungap-cungap mencari air mineral, usahkan begitu, tidak jumpa air dalam 72 jam boleh menyebabkan manusia mati.
Anjing 8000x lebih sensitif deria baunya berbanding manusia. Walhal manusia selalu berbangga dengan banyaknya wangian yang dicipta, cuba bagi peluang anjing mencipta wangian, entah-entah jutaan ganda lebih wangi dari apa yang manusia ciptakan.
Semut yang kenit itu mampu memikul 50x ganda berat tubuh sendiri, jika anda beratnya 50kg, mampukah anda memikul sebuah kereta seberat 2500 kg dan bergaya selamba semacam semut mengangkut gula? tidak mampu bukan? Angkut peti sejuk pun sudah buat kita sakit belakang.
Gigitan buaya bertekanan 2 tan dalam satu inci ~ 2000 PSI,mampu mematah tulang belulang seakan kita mematah lidi. Anda? Gigit tebu pun bergoyang gigi.
Ah, kesimpulannya , manusia tersangat lemah.
Tapi selemah-lemah manusia, takdir Allah menetapkan manusialah khalifah muka bumi tuhan ini, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, menaakul,menyelesaikan masalah,mentafsir, mencipta dan sribu macam kebolehan yang tidak mampu ditandingi haiwan melata dimuka bumi ini. Walau manusia tersangat lemah, tapi manusia itu ciptaan teragung,ciptaan Allah supaya manusia mentadbir bumi dan menyembah mencipta-Nya.
Bagi manusia yang sombong dan menganggap diri adalah super-hebat, Allah pernah mencabar kalian dalam Quran, untuk menciptakan sesuatu yang serupa dengan lalat? Yang selalu dipandang jijik seantero manusia, mampukah anda menciptanya?
Adakah anda sedar? Fakta-fakta diatas dikutip dari saluran National Geographic, moga memberi pengajarankepada kita untuk mengguna akal sebaiknya.Kita diamanah untuk mengGALAS alam ini.“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” (Al-Hajj: 73)
Bisakah anda mengguna akal untuk memilih?
Hak vs Batil?
Kanan vs.Kiri?
Islamik vs. Nasionalis?
Teras perjuangan berkisar Allah dan Rasul vs. teras perjuangan berkisar Melayu dan pembangunan?
Sentimen agama vs. sentimen bangsa a.k.a Melayu?
PAS vs. UMNO?Yang mana satu pilihan anda? Tidak mahu pilih?
Ingat, tiada jalan tengah antara syurga atau neraka, tiada jalan tengah antara hidup atau mati.Orang yang tidak peduli umat layakkah ke syurga? Anda jangan jadi orang yang tidak peduli umat.Tidak peduli umat
a.k.a hidup untuk diri sendiri hanya sama tarafnya dengan haiwan tak berakal yang sejak menetas, hidup untuk survival diri sendiri.Hanya ikut naluri (baca:Nafsu).
Ingat, tiada seorang pun antara kita yang memilih untuk dilahirkan sebagai manusia dan membesar menjadi seperti diri kita sekarang, tapi kita bisa memilih dan berusaha menuju ke syurga mahupun neraka.
Sekali lagi mahu ditanya, apa pendirian anda? Cepat, tepuk dada tanya iman!
Ayuh, wahai pengGALAS amanah sekalian, anda Khalifah, maka buktikan!
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment