Iman

Iman

Amal

Amal

Ilmu

Ilmu

Ikhlas

Ikhlas

Ibrah 10: 2010:What do you expect?

Thursday, December 31, 2009

Welcome 2010!

Is that possible 2010 will be a year of Comeback?

There are already multiple announcement from top people from the top industry.There are signs shows that the world is again spinning in the right direction.

***


Kim Clijsters has make a comeback and return to action and has proven her credential by winning US Open (one out of 4 Major Grandslam of Tennis) in first try.Expect her to give some competitive edge in upcoming year- 2010.

Also, Kim Clijsters nemesis - Justine Henin already announce that she also will make a comeback to the sport. This tennis queen will compete as early as Australia Open in January (also one out of 4 Major Grandslam of Tennis).


In another side - Michael Schumacher-the record seven-time world champion, who agreed to drive for Mercedes GP Petronas (Yes-Petronas!) for at least the 2010 season,is F1’s most successful driver ever.Is make a comeback to the sport.

Even his brother, Ralf Schumacher is in final discussion to make a comeback to F1.



David Beckham, the most glorious footballer in England if not in the world, has sealed the comeback to AC Milan.Expect to see the same performance from him despite turn 34 this year.

Jose Mourinho,charismatic and superbly self-confident football manager from Inter Milan,already hint that he will make a comeback to EPL next summer.That will make the most popular league in the world even more colourful with this lad !


***

Almost all nations throughout the world are showing steep economic recovery post-recessions era.Those nations are making a comeback.There are signs that in 2010 the world economy will make comeback to somewhere before the recession.All the major stock market are showing improvement.

New car sales around the world will gain momentum in 2010 after an initial recovery this year, likely setting the stage for record sales in 2011. - Quote the research arm of Scotiabank.Car sales also making some comeback.


***

The new year for islamic calendar is just behind us and a new year of modern calendar is at your doorstep.

Lets start a new moden year with a very good note. Why don't we change ourself towards a better person.

On your personal capacity, do you intend to change,evolve,transform yourself?
If the answer is yes,there you are,the road is wide open,opportunity is everywhere,your journey will be about to start.Good luck and congratulations!

If the answer is no or "i'm not so sure",the road is also there for you.I wish you good luck on your 'old path'.Hopefully there are no obstacles to make you stumble.Hopefully you are not still the same when a new year is coming again.

Do you intend to just being the same old you? The same self with the same achievement in 2009? Come-on buddy! Repeat the same feat of 2009 is not a progress.Progress means that we are one step ahead of the 2009 achievement.

Time running with a very fast pace.If you don't follow the change, you will be changed.

If you don't realise the true meaning of your life, you will not appreciate this very one & only life (Of course there are life thereafter).You will not bother to improve yourself.You will be the same people ever and ever.Year by year until you end-up your life in the coffin.

Remember this quote:

"Tomorrow must be better than today.That is true muslim"
-Quote

Also this quote:

"You will get the same result if you continue to do the same way"
-Quote

Open your mind.Open your thought.Open your heart.

Ventures into new things.Improve youself.Improve your spouse.Inspire others.Let's make 2010 is our year.

There are a lot of work to do.Islam still not at its sacred place yet!

Lets make it the year Islam will make a comeback!!

Happy New Year!

Wallahualam

Ibrah 9:Buta politik dan Malu Berniaga

"Jika anda ingin berkuasa dan adil, anda terpaksa terjun politik. Jika tidak, andalah sebab al Aqsa terus dijajah Yahudi. Jika anda ingin kaya dan pemurah, anda terpaksa terjun ke dunia perniagaan. Jika tidak, andalah sebab umat mustadh’afin dan faqir di dunia Islam sanggup menukar ugama mereka demi sesuap nasi! Tidak anda menjadi jari jemari yang mematahkan ego penguasa, tidak pula anda menjadi jari jemari yang menyuapi umat yang kelaparan. Yang ada hanyalah angan – angan bahawa anda telah ada iman yang hebat di dada!" Us Nik Abduh.

Anda melarang diri anda berpolitik?

Maka anda akan lihat umat islam terus mundur,dijajah Zionis yang mahir berpolitik.Anda akan sedar bahawasanya islam memaksa umatnya berpolitik, kerana bila anda tidak mahir berpolitik, umat anda sudah pasti akan tertindas.Islam tidak membenarkan itu.Anda sudah tahu bukan?

Anda melarang diri berniaga?

Maka anda akan lihat bahawasanya umat islam tidak hebat dalam berniaga akhir-akhir ini, maka umat islam yg paling ramai melarat-hidup ala kadar yang akhirnya menahan diri mereka untuk berjuang menegakkan islam lantaran komitmen untuk mencari sesuap nasi.

Jadi alasan apa lagi yang anda mahu kemukakan?

Jika anda beralasan politik itu kotor dan orang politik itu tidak ikhlas, mana tanggungjawab anda untuk menggantikan yg kotor dan jelik itu kpd yg bersih dan amanah? Adakah anda rela anakcucu anda, generasi yang akan datang, bertuankan ahli politik yg sejenis dengan yang ada sekarang? Apa usaha anda...



Jika anda beralasan segan untuk berniaga dan selesa hidup makan gaji,maka dengan gaji anda yang sekadarnya itu, berapa bahagiankah yang anda peruntukkan kepada perjuangan, itupun kalau anda berjuang..Jika anda 'orang biasa-biasa saja', maka tiada keinginankah anda untuk melihat orang islam yg beriman mendominasi alam perniagaan; kerana bila orang beriman yg menguasai,amat mustahil orang beriman itu tidak amanah, seterusnya memakmurkan ekonomi umat dengan zakat yang disumbang, sedekah yg ditabur,keadilan yang ditegakkan. Tidak mimpikah kita akan suasana itu atau anda sudah putus harapan?

Atau anda lena dalam zon selesa anda sendiri, fikir perut sendiri, pakaian sendiri, kenderaan sendiri..semuanya fokus kpd diri anda sendiri! Mana hak orang lain dalam diri anda? Mana hak masyarakat dari diri anda?

Alangkah malang, sudahlah anda buta dalam politik, berniaga pun anda malu. Nasib baik anda makan gaji...Makan gaji?

Makan gaji hanya 1/10 dari rezeki, kerana 9/10 dari rezeki datang dari perniagaan.Kenapa semua orang berebut dari 1/10 sedangkan bukan kaum kita ramai yang merebut 9/10 yakni perniagaan.

Rasullullah pedagang pintar, Abdul Rahman B Auf saudagar bijaksana dan mengumpul harta yg sangat banyak yg secara bijaksana juga digunakan untuk membantu perjuangan islam.Abu Bakar As-Siddiq juga peniaga,hanya berehat sebentar lantaran kesibukan sebagai khalifah.Mereka juga ahli politik hebat,mengemudi empayar menyebar islam ke segenap benua.

Anda? Tepuk dada tanya iman..

Wassalam

Ibrah 8 :Tahankah Kita Dikritik (Ditegur)

Tuesday, December 22, 2009

Tahankah anda dikritik (ditegur)?

"Aku suka sekiranya kalian dapat menunjukkan kesalahan aku!" - Saidina Umar Al-Khattab

Kebelakangan ini kerap bersua dengan golongan yang suka mengkritik. Ini tidak kena,itu tidak suka.Tapi malangnya apabila giliran mereka dikritik (ditegur) lantaran kesalahan yg tidak disedari, maka menyinga marah dan bingkas berhujah dengan hujah yg kadang-kadang tidak matang dan masak dek akal.Dek ego dan emosi menguasai,merasa diri semua betul, maka pantanglah dirinya ditegur.

Sedangkan Nabi Muhammad, manusia paling sempurna dijadikan Allah sepanjang sejarah pun membuat kesalahan, dan ditegur pula oleh Allah.Dan atas kebijaksanaan baginda, diterima dan diolah teguran itu supaya diri menjadi lebih baik, walau sedia maklum dirinya sudah yang terbaik!

Adakah anda lebih hebat dari Nabi Muhammad sehingga tidak mahu ditegur langsung?
Mustahil!.

Kenapa kita tidak suka dikritik? Adakah disebabkan kita tidak suka mengkritik, maka kita juga tidak suka untuk dikritik.

Kritik perlu dinilai.
Siapa pengkritik itu juga perlu dinilai.
Reaksi selepas dikritik pun perlu dinilai.

Kerana kritik itu ada positif dan ada negatif.

Kritik positif (membina) analoginya seolah-olah seorang kawan datang menyua penapis teh ketika kita sedang minum air teh berkeladak dengan harapan nikmatlah kita minum teh yg jernih tanpa keladak.Bukankah itu satu kelegaan! (Intisari kuliah TG Nik AZiz berkenaan kritikan)

Kritik negative (memusnah) analoginya seolah-olah seorang kawan mengisi diesel dalam tangki petrol kereta anda. Bukan saja enjin kereta anda akan rosak,bahkan anda tidak boleh lagi bergerak kedepan !

Maka, anda patut ada kemahiran untuk membezakan kritik baik dan kritik buruk ini. Kerana kritikan itulah yg membantu anda menjadi orang yang lebih baik lagi.Memberi ruang kepada anda untuk memperbaiki ruang-ruang kabur yang selama ini mungkin dirasa sudah lengkap.

Jangan takut kepada kritikan.Kerana kita ini manusia dan manusia itu akan tersilap.Itu adalah lumrah kehidupan.Anda silap bilamana anda rasa anda takkan tersilap.

Cuba lihat dari sudut positif ;

Bilamana isi kritikan itu salah, sedangkan teguran itu dalam nada yg positif,anda patut rasa bersyukur kerana sekurang-kurang ada orang cakna akan anda.

Bilamana isi kritikan itu betul dan anda mmg salah, maka anda patut 2x ganda syukur sebab anda sudah ditunjuk kesalahan yg mungkin anda tak sedar dan anda berpeluang perbetul kesalahan!

Kekuatan mental anda juga akan diuji ketika anda dikritik.

Marahkah anda? Atau anda tenang-tenang dan bersahaja bila anda dikritik?

Orang yg cenderung untuk marah dan kecewa itu lemah mentalnya.Tidak Mengambil peluang untuk menganalisis diri dan bermuhasabah atas kritikan tersebut.Sebaliknya mengambil keputusan untuk membenci si pengkritik. Wajarkah anda membenci orang yang menyua penapis teh ketika anda sedang tersedak dek keladak teh? Fikir-fikirkanlah.

Jika anda mendengar kritikan orang dengan penuh minat, mengambil masa untuk berfikir dan muhasabah sebelum membalas hujah, maka sahlah anda seorang yang kuat mental dan besar jiwa.Inilah ciri pemimpin hebat!


*****

"Agama itu adalah Nasihat". Hadis Nabi (Hadis 40-Imam Nawawi)

Bilamana bangsa sudah menjadi tepu dengan golongan yg pantang dikritik, akan timbul bangsa yg tepu pula dengan golongan yg tidak kritis.Didiklah jiwa anda dan keluarga anda, semoga tidak tergolong dalam golongan tersebut.

Umat islam itu bangsa yg kritis,tidak mungkin islam maju sedemikian rupa dizaman kegemilangannya jika mereka tidak kritis dalam ilmu dan teknologi.
Sama-sama mengambil pengajaran.Bentuklah diri kita supaya pandai mendengar dan pandai menilai.

Belajarlah menolak kritik negatif dan lapangkanlah dada bila menerima teguran membina.Tolak ego dan emosi itu jauh-jauh.

Kritiklah dengan hikmah sahabat-sahabat bilamana mereka tersasar.Kerana kita saling memerlukan.Hari ini hari mereka, mana tahu esok hari kita!

Ada sebarang teguran?

Wassalam

Ibrah 7: Kemahiran mendengar?

Saturday, December 5, 2009


"Antara kemahiran asas seorang doktor adalah kemahiran mendengar, kami diajar untuk mendengar pesakit secara teliti, tidak mencelah dan cuba memahami apa yang dikata mengikut cara pesakit" Dr Mahathir Mohamad

-Petikan ucapan Tun dalam rancangan biografi dirinya 'Mahathir'.

Anda setujudengan kata-kata Tun? Tidak dapat dinafikan kebenaran 'quote' tersebut.Didalam kehidupan sehari-hari,selalu kita jumpa teman berbual yg suka mencelah,tidak teliti dengarnya,dan seolah-olah tidak cakna dengan isi ucapan kita.Kadang-kadang orang itu teman baik, kawan biasa,Orang atasan mahupun teman kerja, dan seringkali orang itu adalah orag terdekat dengan kita - pasangan,ibu atau bapa sendiri.

Kata-kata cerdik pandai- orang yang suka bercakap tidak suka mendengar,atau orang yg cekap bercakap tidak cekap mendengar.
Dan sekadar memetik kata-kata Sasterawan Negara, A Samad Said, "telinga satu, berlidah dua".
Maknanya banyak sangat dan pandai sangat bercakap mengkritik menghentam, tapi sukar sekali untuk mendengar dan menerima kritikan dan teguran.

Cuba perhatikan,kebanyakan orang yg suka bercakap atau berbakat dalam bercakap, kebanyakannya kurang cekap dalam mendengar, lantaran ketika lawannya sedang bercakap, dia sibuk berfikir untuk membalas hujah lawannya.

Sihatkah perbualan itu, bilamana anda dipaksa mendengar lawan anda bercakap, dan bila giliran anda bercakap, hujah anda tidak betul-betul dicerna kerana lawan anda sibuk berfikir apa yang mahu dihujahkan?

Begitulah hakikat kehidupan.Telitilah diri anda, adakah anda termasuk dalam golongan yg lemah dalam mendengar? Jika ya, malanglah anda.

Bila anda lemah mendengar,anda tidak boleh dkritik.kerana anda tak memahami kenapa anda dikritik.

Bila anda lemah mendengar,anda kelihatan tidak mendalami & memahami subjek perbincangan, alangkah malang bila orang tersayang meluah isi hati terbuku, anda buat muka tidak tahu saja!

Bila anda lemah mendengar, orang pun tidak akan mengajak anda berdiskusi lagi.Kerana anda akan sibuk membentang hujah anda sendiri, tanpa empati akan hujah orang lain.

Bila anda lemah mendengar,maka anda kena sedar.Bakat anda dalam bercakap itu tiada gunanya.

Maka perhalusilah kemahiran mendengar anda..

Cuba belajar 'soft skill' seorang doktor itu, dengan pelbagai ragam pesakit dan penyakit,adalah mustahil seorang doktor boleh menjalankan tugas dengan sempurna bilamana penyakit si pesakit tidak di 'diagnos' secara tepat.

"He who able to listen,conquer the world"- Anonymous

Wassalam

Ibrah 6:Halau Keluar Suamimu Wahai Sang Isteri!

Wednesday, December 2, 2009


Bilamana perkahwinan anda ditunjangi dengan matlamat untuk terus 'selamat' bekerja dengan islam,maka anda wajib bertegas dengan matlamat itu. Sementelah tuhan kurniakan rezeki isteri dan anak kepada anda,maka jangan sekali-kali nikmat itu anda kufuri.kerana setiap sesuatu amanah itu ada harganya.

Kerana apa yang anda dapat itu amanah yg sangat besar manfaatnya atau boleh jadi amat besar mudaratnya.

Isteri dan anak juga boleh jadi mudarat.

Apabila anda dihanyutkan dengan kecantikan isteri anda, kecomelan bayi anda,kesibukan kerja dan agenda peribadi anda,maka pada masa itu nikmat itu sudah menjadi mudarat.

Ya,isteri itu memang penyeri kehidupan!
Benar,anak itu pengikat kasih sayang!

Tapi,anda wajib ingat,
kadang-kadang isteri dan anak itulah ujian terbesar untuk anda dalam kehidupan.

Yang melambatkan langkahan anda dalam perjuangan.
Yang melambatkan kayuhan anda dalam memberi sumbangan.
Yang melambatkan dayungan anda dalam khidmatbakti kepada masyarakat.

Dan tiba-tiba tanpa anda sedar, anda semakin menjauh dari medan.Sahabat-sahabat anda sedar, tapi mereka sendiri dalam situasi sama.Nak menegur takut terkena batang hidung sendiri,tak ditegur maka berkuranglah lagi seorang tunjang penggerak dakwah.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"-Surah Ar-Rahman

Alangkah malang gerakan islam akhir zaman..

*****

Ingatan buat isteri..

Tempat suamimu itu bukan dirumah, tempat suamimu itu di medan.
Rumah itu tempat isteri, medan itu tempat suami.Jangan sesekali anda heret suami anda ke medan anda bilamana medan dakwah sangat memerlukan dirinya.

Jadikan rumahtanggamu rumahtangga dakwah.Belajar berdikari.Berdiri-Atas-Kaki-Sendiri.
Kerana keluarga kalian bukan keluarga 'orang biasa-biasa'.Jangan anda bebankan suami anda dengan agenda kecil sedang dunia dan masyarakat memerlukan dirinya menyebar agenda besar. Anda bukan budak kecil.Anda sudah matang.Hargailah hidayah tuhan.

"Behind every great man there's a great woman"-Anonymous(Pakcik Google)

Be that great woman!

Jadilah isteri berjiwa besar kerana mustahil suami anda berjiwa besar bilamana isterinya berjiwa kecil.Nicolas Sarkozy kalut bila Carla Bruni itu kacau.Jadilah semacam Siti Khadijah,sedia berkorban segalanya untuk perjuangan suami sehingga tulang rusuk mayatnya pun mahu didermakan jika bermanfaat untuk jalan islam.Hebat!

Anda faham bukan?mustahil anda tidak faham...

~Isteriku,halau suamimu ini!

Wassalam.

Ibrah 5: Musuh Cerdik Teman Bendul

Monday, November 30, 2009


"Brilliant enemy is much better than stupid friends"-Anonymous

Pertama kali jumpa quote diatas ketika layan komen di sebuah laman blog popular.Membuatkan diri terfikir, betulkah quote ini? Logikkah apabila musuh dan teman dibandingkan sedemikian rupa? Benarkah teman yg bodoh itu lebih teruk dari musuh yg cerdik.

Teman itu kawan kita, org yg sepatut tolong kita di masa susah.tempat meluah rasa,berkongsi senang dan susah.

Musuh itu lawan.Kdg ia memudaratkan,kdg ia mengkhianati.Itu lumrah entiti seorang musuh.Tapi cuba pandang perkataan musuh darisudut positif; ia juga boleh membawa maksud pesaing-entiti yg memperjuang okjektif yg sama tapi berlainan medium.

Bilamasa musuh itu perlu penting?

Musuh itu penting bilamana ia berperanan menjadi "check & balance" kepada sesuatu entiti, x kiralah entiti itu individu,pertubuhan, parti politik atau parti memerintah sekalipun.

Lemah & bodohnya musuh menjadi cermin kepada diri.Lemah dan bodohnya parti pembangkang, menjurus kepada bendulnya parti memerintah-lantaran tiada 'check & balance" yang betul.Lihat ke Barat, bagaimana republican dan demokrat bersaing di US.Bagaimana Parti Buruh bersaing dengan Demokrat di Britain.Cuba banding Barisan dan Pakatan?

Lemah dan bodohnya diri anda bilamana anda tiada musuh yang cerdik,atau anda dikelilingi teman yg sama bodoh dengan anda.(Sebagai individu-seharusnya anda tiada musuh,maka 'musuh' tidak rasmi anda adalah teman2 rapat anda)

Lemah dan bodohnya sesuatu syarikat,bilamana tiada keinginan untuk maju,sentiasa menyalahkan orang lain sebagai punca.Mati pucuk untuk bersaing dengan musuh(pesaing). Terlalu selesa dalam kokun sendiri.Tidak berusaha untuk menjadi musuh yg cerdik kepada pesaing, tapi mempunyai minda subsidi. Itu situasi biasa di negara kita.Ingat P1 Wimax vs. Streamyx? Bila terancam baru tergesa-gesa pertingkat kualiti perkhidmatan, tawar pakej2 menarik.

Inilah ibrah kehidupan.

Terokailah Islam.Jawapannya banyak disitu.Buka minda luas-luas.Cari ibrah setiap sirah,akhlak Rasullullah dan politik Nabi.Anda akan terpegun..

Sesuatu yg selalu kita tidak perasan, rupa-rupanya menjadi titik penting dalam perkembangan hidup kita.'learning curve' anda akan terpecut dengan sendiri apabila anda dikelilingi teman hebat,musuh tangkas,guru cerdik dan masalah yg anda garap sebagai cabaran!

Anda mahu cepat maju? carilah musuh(pesaing) yang cerdik! Dan elakkan teman yg bodoh!

Wassalam.

Ibrah 4: Demi masa?

Thursday, November 26, 2009


Ibrah 4:Disiplin dalam masa..

Quote: En Salleh Hashim (CEO MGOC-PETRONAS)

“People with bad time management will never be a good manager”

*Sesi perkenalan antara newbies (aku la tu..dan kawan² baru yg lain) dan CEO.

Korang perasan tak? Setiap hari bile kite masuk pejabat, atau kite pergi sekolah atau korang masuk jamban, biasanya masa yg korang ambil biasanya lebih kurang sama. Kalau tak seratus peratus sama pon, mesti dalam jangkamasa yg sama.

Contoh: Waktu rasmi masuk pejabat adalah 8.30 pagi, korang keluar rumah 7.40 pagi setiap hari, maka, setiap hari korang akan sampai pejabat dalam ‘range’ waktu yg sama disebabkan korang keluar pada waktu yg lebih kurang setiap hari, betul tak?

Tapi kenapa ye, sesetengah orang setiap hari datang lambat? Hujan lebat la, jam teruk la, LRT sangkut la, kucing beranak la,itik demam la,tayar basikal jiran pancit la,bapak mertua kena H1N1 la,dan bermacam2 la yg lain,dua belas ribu ratus ribu (betul ke tak kiraan aku?) alasan!

Kenapa?

Kerana korang (aku termasuk sekali..) tak rasa masa itu penting? Korang rasa mesti sempat kejar waktu akhir untuk masuk pejabat.Dan korang mmg sempat. Korang akan tidak sempat hanya apabila ada hal² yg memang diluar kawalan i.e hujan lebat ekstrem sampai tak nampak jalan-semua memandu dalam mode kura-kura naik perahu,atau tiba² bayi korang cirit-birit dan alasan² yang sewaktu dengannya.

Dan kita kena sedar sebenarnya, masa itu sangat penting. Jgn pandang enteng dengan masa. Buruk padahnya. Anda bukanlah seorang yg betul2 efektif bilamana anda bukanlah seorang yg betul2 ambil berat tentang masa anda. Juga sebagai peringatan - amanah yang harus kita pikul lagi banyak dari masa yg kita ada.Sama2 fikirkan.Wassalam.

Ibrah 3: Air penyambung kehidupan

Saturday, November 21, 2009

Ditengah garisan khatulistiwa di negara bernama malaysia, sekarang tengah musim hujan, dlm bahasa moden-musim monsun timur laut ( namun ianya jangan disalah tafsir dengan Monsoon Cup);musim hujan utama di Malaysia dari November ke Mac setiap tahun.



"Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak."-Jabatan Meteorologi

Yang aneh, walau setiap tahun monsun ini datang, tapi bukan semua negeri yg banjir teruk,seakan bergilir2, sekejap Kelantan teruk dibantai,kekadang Terengganu yg kena, Pahang pun ada gilirannya, Johor pon tak terkecuali,Kedah apetah lagi. Kesimpulannya, memang tak dapat dijangka musim hujan neh~

Kadang2 kita menyalahkan hujan, susah nak bergerak, leceh bila basah, bahaya kalau menunggang motorsikal,jalan licin,bila hujan jalan 'jam', Ah! lecehnya hujan! Tapi pernahkah kita terfikir, apa ada di sebalik hujan,apa ibrah tuhan turunkan hujan?

Ape ibrahnye?

ianya berkisar tentang air..

~Ibrah dari TAfsir Al-Azhar-Surah Al-Mukminun 18-22

Tuhan turunkan hujan dari langit.Dari tempat yg tinggi,ada masanya,ada ketikanya.tidaklah turun hujan itu saja2 tanpa tujuan.Air itu turun menimpa bumi, bumi mana yg menadah dan menahan air itu, maka suburlah bumi itu, bumi mana yg tidak menyimpan air,maka gondollah bumi itu tidak subur..airnya mengalir ke hilir tanpa dapat ditahan..

Adanya endapan air, bumi menjadi subur.apabila tanah subur,hidupan hidup tanpa ditahan, maka bertemanlah tumbuhan2 itu dengan haiwan2 kecil dari cacing tanah, ulat, cengkerik, kumbang sampai kepada burung2, binatang berkaki empat dan seterusnya manusia sendiri.

dengan akal yg dikurniakan,maka dibangunkanlah tanah itu menjadi sawah,kebun dan ladang. Makin lama, manusia pandai menyusun mana buah-buahan dan kayu-kayuan yang sesuai dengan selera, sehingga dibuat kebun2 dan diatur sebaik2nya.

Pelbagai jenis dan ragam buah-buahan dalam dunia ini, mengikut kawasan2 dan iklim masing2.ditentukan oleh Qadar atau ukuran air yg ditetapkan Tuhan.

Di tanah2 sekeliling Malaysia tumbuhlah durian,manggis,betik ,belimbing dan bermacam2 buah-buahan dan kayu-kayuan, tapi cerdiknya ciptaan tuhan, di benua2 lain, Eropah atau Tanah Arab misalnya, jenis2 buah yg lain pula yg mendominasi sesuai dengan cuaca dan suhu disana..

"Dan Kami jadikan dari air segala yang hidup"- Surah Anbiya-30

Sungguh hebat sekali ciptaan Allah..dari air yg kadang2 tidak kita hargai kerana senangnya dizaman moden ini, cuma pulas pili,terus keluar air jernih yg terkandung seribu rahsia sepanjang perjalanan dari tempat yg tinggi,melalui awan turun ke bumi,dari hulu terus ke hilir, mengalir ke rumah2 kita, tanpa kita sedari..

Hebatnya Allah!

Ibrah 2: Benarkah kita sedang berDAKWAH?

Sunday, November 15, 2009



Apa khabar semua pendakwah-pendakwah sekalian!


Di Malaysia ni, ramai orang yang mendakwa dirinya sudah berdakwah.., sedang berjihad dan telah berjuang..masuk persatuan itu,masuk persatuan ini, intimak jemaah itu, lompat jemaah ini, daftar pasti itu, lompat parti ini..Kutuk pemimpin itu,ampu pemimpin ini..

Ok,kita byk terima email dari kawan kawan internet yang buat blog dakwah, atau buat halaman web dakwah, tulis tentang berjuang, berjihad,post tazkirah dan sebagainya, copy paste isi blog orang lain - konon nak tolong sebar dakwah.

Hoho..

Dan di raut wajah mereka (kebanyakkan yang dikenali) ada rasa selesa dengan ‘kerja’ mereka, rasa diri bagus dan yakin mereka akan masuk syurga (dan yang tidak ikut mereka hampir confirm masuk neraka..)

Ibrah 1: Apa itu Ibrah?

Thursday, November 12, 2009


Ibrah Dalam Al-Quran

Al Hasyr 59; 2
"Ambilah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)"

An-Nahl; 66 & Al-Mu’minun; 21
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran (ibrah) yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (Iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."

An-Nur; 44
"Allah yang memindahkan malam menjadi siang – yang demikian itu terdapat ibrah (perumpamaan) bagi bagi orang-orang yang celik mata hatinya – (berfikir)"

Yusuf: 111
“Dan didalam kisah mereka terdapat ibrah (pelajaran) bagi orang-orang yang celik mata hatinya – (berfikir)"


Ibrah Itu Pengajaran

Ibrah itu pengajaran, sesuatu yg dapat kita kutip sepanjang selusur kehidupan kita ini, ‘lesson learnt’ itu mungkin dlm bentuk sejarah kehidupan peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain, yg paling utama- ‘ibrah’ kehidupan para Nabi, Sirah² peperangan, Ulama’² Nusantara ini,Naqib² usrah kita,juga-dari setiap sesuatu yg diciptakan Allah (binatang,tumbuhan,kejadian alam) itu yg sepatut diutamakan..Moga² dengan sedikit perkongsian dari Ilmu yg sekadarnya, dapatlah sama² kita mengemudi diri dan keluarga ke arah yg diredhai Allah.-Zemanx

*Terfikir di laman rumah Kg Kencana...ape itu Ibrah?


Pembuka Bicara

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa,Tuhan Sekelian Alam

Selamat Datang ke Ibrah-Kehidupan ~


Semoga kita tergolong antara yang mencari kebenaran dan menidakkan kepalsuan.Terima kasih kerana sudi menjengah laman ini.Sebarkanlah jika ada kebaikan,komen jika ada keburukan, kerana anda akan mendapat ganjaran diatas apa yang baik yang anda lakukan.


dan mari kita sama² berfikir...