Iman

Iman

Amal

Amal

Ilmu

Ilmu

Ikhlas

Ikhlas

Ibrah 2: Benarkah kita sedang berDAKWAH?

Sunday, November 15, 2009



Apa khabar semua pendakwah-pendakwah sekalian!


Di Malaysia ni, ramai orang yang mendakwa dirinya sudah berdakwah.., sedang berjihad dan telah berjuang..masuk persatuan itu,masuk persatuan ini, intimak jemaah itu, lompat jemaah ini, daftar pasti itu, lompat parti ini..Kutuk pemimpin itu,ampu pemimpin ini..

Ok,kita byk terima email dari kawan kawan internet yang buat blog dakwah, atau buat halaman web dakwah, tulis tentang berjuang, berjihad,post tazkirah dan sebagainya, copy paste isi blog orang lain - konon nak tolong sebar dakwah.

Hoho..

Dan di raut wajah mereka (kebanyakkan yang dikenali) ada rasa selesa dengan ‘kerja’ mereka, rasa diri bagus dan yakin mereka akan masuk syurga (dan yang tidak ikut mereka hampir confirm masuk neraka..)



Tapi korang hari ni mengaku berdakwah.., sedangkan ribu ribu orang sedang murtad dan orang kafir dan golongan fasiq sedikit pun tak takut baca email, SMS, lirik lagu ,blog, komik, majalah, kain rentang, sepanduk, akhbar dan sebagainya…

Betul ke anda sedang berdakwah, atau sedang syok sendiri???

Dulu, usaha sahabat sangat makbul, kerana dalam usaha dakwah mereka dua benda telah mengalir dengan banyaknya.., iaitu
darah dan air mata, tapi anda hari ni berdakwah melalui blog dan kejadahnya, ada air mata mengalir? berpeluh ada mungkin.

Baca komik, blog, main SMS, dengar lagu, tengok CD,main game,layan Facebook,keluar lepak2, semuanya NAFSU suka…, lalu datang usrah sekali sekala,hadir ceramah2 politik,hadir mesyuarat kadang2 dan claim diri sebagai ahli parti seumur hidup lalu anda rasa diri sebagai PENDAKWAH AGUNG serta rasa selesa dan gerenti masuk syurga? wah wah wah, meriahnya hidup!

Benarkah anda sudah di kira berdakwah?

Dikala kita asyik men'tazkirah' orang lain, apekah pernah kita ambil masa untuk muhasabah diri sendiri? Menghisab amal sendiri,bukan menilai orang lain dulu..itu yang lebih utama.

Dan cuba anda renung kembali sejak anda diberi hidayah untuk menjadi pendakwah- sudah berapa orangkah yg anda bawa meminati islam, beramal dengan islam, dan turut serta menyebar islam bersama anda, cuba renung orang sekeliling anda, jiran2 ditaman perumahan anda, di flat2 anda,kolej2 anda, teman2 sepejabat anda,kawan karib anda,boss di pejabat anda Err..yang paling utama,ahli-ahli keluarga anda-sudah berapa orangkah yg betul2 faham dan menghayati islam?

*****
Sirah.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu,Al-quran belum dibukukan,Tak seorang sahabat pun yang jual kitab Al quran, kitab kitab tasauf, kitab ehsan, kitab sifat 20, pun takde, apatah lagi email, sms, blog, dan media masa!!

Namun setiap hari ada orang masuk islam, berbondong-bondong semacam aliran air,tak dapat disekat barang sesaat..Disekat kekiri maka lalu ia kekanan,Disekat kekanan ,maka lalu ia kekiri,diorang baca sms ke dapat hidayat?, atau baca blog dapat hidayat? Ke mereka dengar nasyid dan dapat hidayat?


kalau korang pendakwah semua nak tahu cerita sebenar, walaupun zaman Nabi SAW tiada Al quran yang di bukukan sekalipun, tapi Nabi mendi berjaya didik para sahabat RA sepakat amal ugama sehingga mereka semua menjadi ‘Al quran yang bergerak..’

Nabi telah ajar sahabat berdakwah dengan cara yang betul..

Bermula nabi seorang diri menyebar dakawah, akhir hidup Nabi- diceritakan semasa Haji Wida', rombongan manusia yang mengiringi nabi ke Tanah Haram itu sejauh mata memandang ke kiri,sejauh mata memandang ke kanan juga di depan dan belakang. Tidakkah kita kagum dgn fakta itu?

*****

Kesimpulan

Tidak salah sama sekali untuk anda berdakwah melalui blog,facebook,email,sms dan sebagainya, tapi janganlah menganggap itu sudah cukup! Terlalu byk kerja yg dipikul murabitun2 parti dan kita yg berdakwah kecil-kecilan sudah merasa diri pendakwah agung- apa cerita? Sama2 kena turun padang merasa sekali sakitnya berjuang dijalanan...

Buat semua pendakwah2, terlalu banyak kerja di peringkat akar-umbi yg memerlukan tenaga anda.Ayuh, bantulah cawangan2 terdekat yg memerlukan tenaga anda..usahlah anda sibuk dengan dunia anda sendiri sahaja.. kerana masyarakat sgt memerlukan anda!

Berapa banyak program mendekati masyarakat yg memerlukan akal-fikiran anda wahai sang cerdik-pandai?Yg terbengkalai kerana tidak cukup tenaga dan dana.Kerana orang2 seperti anda mengaku pendakwah tp sibuk dgn hal sendiri shj!

Berapa ramai golongan remaja diluar sana yg memerlukan inspirasi anda kerana mereka tiada role-model dalam kehidupan..Mereka tanpa sedar menjadikan artis sbg role-model,walau mereka tahu artis2 itu bukanlah sebaik2 role-model.Dan mereka juga tahu, role-model terbaik adalah Rasulullah SAW.Ayuhlah sahabat2, beri inspirasi kepada remaja2 di luar sana..


Jom Bekerja untuk Islam!

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment