"Antara kemahiran asas seorang doktor adalah kemahiran mendengar, kami diajar untuk mendengar pesakit secara teliti, tidak mencelah dan cuba memahami apa yang dikata mengikut cara pesakit" Dr Mahathir Mohamad
-Petikan ucapan Tun dalam rancangan biografi dirinya 'Mahathir'.
Anda setujudengan kata-kata Tun? Tidak dapat dinafikan kebenaran 'quote' tersebut.Didalam kehidupan sehari-hari,selalu kita jumpa teman berbual yg suka mencelah,tidak teliti dengarnya,dan seolah-olah tidak cakna dengan isi ucapan kita.Kadang-kadang orang itu teman baik, kawan biasa,Orang atasan mahupun teman kerja, dan seringkali orang itu adalah orag terdekat dengan kita - pasangan,ibu atau bapa sendiri.
Kata-kata cerdik pandai- orang yang suka bercakap tidak suka mendengar,atau orang yg cekap bercakap tidak cekap mendengar.
Dan sekadar memetik kata-kata Sasterawan Negara, A Samad Said, "telinga satu, berlidah dua".
Maknanya banyak sangat dan pandai sangat bercakap mengkritik menghentam, tapi sukar sekali untuk mendengar dan menerima kritikan dan teguran.
Cuba perhatikan,kebanyakan orang yg suka bercakap atau berbakat dalam bercakap, kebanyakannya kurang cekap dalam mendengar, lantaran ketika lawannya sedang bercakap, dia sibuk berfikir untuk membalas hujah lawannya.
Sihatkah perbualan itu, bilamana anda dipaksa mendengar lawan anda bercakap, dan bila giliran anda bercakap, hujah anda tidak betul-betul dicerna kerana lawan anda sibuk berfikir apa yang mahu dihujahkan?
Begitulah hakikat kehidupan.Telitilah diri anda, adakah anda termasuk dalam golongan yg lemah dalam mendengar? Jika ya, malanglah anda.
Bila anda lemah mendengar,anda tidak boleh dkritik.kerana anda tak memahami kenapa anda dikritik.
Bila anda lemah mendengar,anda kelihatan tidak mendalami & memahami subjek perbincangan, alangkah malang bila orang tersayang meluah isi hati terbuku, anda buat muka tidak tahu saja!
Bila anda lemah mendengar, orang pun tidak akan mengajak anda berdiskusi lagi.Kerana anda akan sibuk membentang hujah anda sendiri, tanpa empati akan hujah orang lain.
Bila anda lemah mendengar,maka anda kena sedar.Bakat anda dalam bercakap itu tiada gunanya.
Maka perhalusilah kemahiran mendengar anda..
Cuba belajar 'soft skill' seorang doktor itu, dengan pelbagai ragam pesakit dan penyakit,adalah mustahil seorang doktor boleh menjalankan tugas dengan sempurna bilamana penyakit si pesakit tidak di 'diagnos' secara tepat.
"He who able to listen,conquer the world"- Anonymous
Wassalam
1 comments:
The quieter you become, the more you can hear.
March 21, 2010 at 9:16 PMPost a Comment