Pucuk subur bila akar teguh.
Apa-apa saja dalam dunia ni ada akarnya.Apa-apa juga memerlukan asas untuk berdiri.
Apa-apa juga mesti kuat asasnya.Jika tidak,tidak upaya ia untuk berdiri, seakan dedalu yg terpaksa menumpang pohon besar untuk mencerna sinar mentari.
Manusia juga begitu.Anda boleh pilih-Samada anda mahu jadi akar dalam masyarakat mahupun dedalu dalam masyarakat.
Asas kepada langit itu langit ketujuh.Disitulah paksi langit.
Asas kepada bumi itu lapis yang ketujuh.Disitu bumi mula berpacak.
Asas syurga itu Surga Adn, syurga-syurga lain dibina diatasnya.
Asas neraka itu neraka Jahanam, penghulu segala neraka.
Asas manusia itu Adam.
Asas nabi itu Nabi Nuh.
Asas Kitab-kitab Samawi itu Al-Quran walau Quran itu yg terakhir diturunkan.
Asas Al-Quran itu surah Al-Fatihah.
Dan asas Fatihah itu Bismillah.
-Tafsir Al-Kurtubi-
Asas kepada semua hukum bermuamalat adalah harus kecuali ada nasnya.
Asas kepada semua ibadah adalah haram kecuali ada nasnya.
Asas muamalat sesama manusia itu bersangka baik.
Sebut apa saja yg dibawah mentari, nescaya setiap kejadiannya ada asas dan tujuannya.Apatah lagi anda,kita dan kamu.Kita manusia diisytihar ciptaan Allah yg terbaik..Tentu ada sebab kita dicipta.Mestilah ia berasas.
Kita lebih mulia dari malaikat apatah lagi syaitan.
Tapi jika anda mahu, anda boleh saja lagi mulia dari malaikat.
Dan anda boleh juga boleh jadi hina dari syaitan.
Semua terpulang atas diri anda.Anda yang menentukan segala berdasarkan akal,iman dan nafsu anda.Yang mana satu kuat, yang itulah yang akan menguasai bejana hati anda, sang raja dalam tubuh anda, sekaligus mencorak setiap tingkahlaku anda.
Bila nafsu merajai hati anda, maka anda seakan naluri binatang, membuat segala tindakan berdasarkan kepuasan diri sendiri.
Bila akal semata menguasai hati anda, maka anda seakan si atheis, segala keputusan hanya berlandas logik akal.Jadilah anda pakar sains tanpa agama.
Tapi bila iman merajai hati anda.Maka anda layak digelar khalifah dimuka bumi, selari dengan tujuan manusia dicipta. Bila anda dirajai iman, anda jadi insan mulia.
Walau anda miskin,walau anda asalnya dagang,walau anda tidak berpangkat,walau anda bukan bangsawan.
Anda tetap mulia.
Tapi mahu jadi orang beriman itu bukan senang.Bukan sahaja akal dan nafsu sahaja perlu ditundukkan.Jangan lupa musuh yg setia - syaitan yang tidak putus asa berusaha melemahkan.Juga jangan lupa bahawasanya manusia itu selalu lupa.
Berusahalah jadi orang beriman.Berusahalah menambah ilmu.Semakin tinggi ilmu anda, semakin tinggi imunisasi anda.Dan berusahalah beramal segala ilmu yang ada.Nescaya semakin kukuh ilmu anda.
Anda kena kenal pasti asas anda.Asal usul anda.Tujuan anda dihidupkan atas muka bumi.Ada tujuan anda dihidupkan.Itu satu yang pasti.
Hidup dengan tujuan itu satu kebijaksanaan.Hanya orang kurang akal yg keliru dengan tujuan dia hidup, malah tidak mengerti pun. Setiap orang ada tujuan hidup, samada anda hidup untuk dunia, mahupun hidup untuk akhirat,itu asasnya.
Tapi yang cerdik akan tahu, tujuan hidupnya mesti untuk akhirat.Dunia ini hanya ladang semata, hasilnya dituai diakhirat kelak.Berjuang menegakkan Islam itu rasanya ladang yang paling subur.
Yang kurang cerdik akan memilih dunia.Kerana dunia ini menyeronokkan.Dunia ini nampak macam sangat hebat bukan? Akhirat itu bukan sesuatu yang nampak dimata, jadi akhirat itu bukan sesuatu yg penting untuk dikejar.Kejarlah dunia dan tenggelamlah dalam dunia sepuasnya wahai teman.Tiada siapa yang mampu mengubah anda selain diri anda sendiri.Anda sudah cukup cerdik untuk membuat keputusan.Semoga hidayah Allah bersama anda dan kita!
Entahlah.
Semoga kita semua menjadi orang yang lebih cerdik dari golongan yang kurang cerdik.Semoga setiap kita memilih Allah sebagai matlamat.Sesungguhnya itulah yang paling penting.
Wassalam.
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment