Iman

Iman

Amal

Amal

Ilmu

Ilmu

Ikhlas

Ikhlas

Ibrah 20:Petua rumahtangga 1

Sunday, February 28, 2010


Dedikasi khas untuk sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumahtangga dalam waktu terdekat.Semoga memberi iktibar.

*******

Selalu tua itu memang berisi, jarang-jarang sahaja tua itu macam tin kosong, berbunyi hebat tapi isi kosong.Lagak bersahaja tapi ilmu yang diturunkan sangat bernilai bagi yang mengerti. Bagi yang tak mengerti, angguk-angguk kepala buat-buat faham, walau tak berapa faham.

Ketika sesi tazkirah ditempat kerja, salah seorang SM memberi petua rumahtangga. Suka untuk dikongsikan di laman ini memandangkan tahun ini berbilang-bilang sahabat-sahabat yang akan menukar status dari teruna menjadi bukan teruna dan anak dara menjadi bukan dara lagi.Tahniah diucapkan kepada yang bakal berkahwin.Semoga diberkati Allah.

Agak simple dan mudah analogi yang diberikan, tapi amat tepat dan berkesan jika kita betul-betul sedar dan melaksanakannya.

"Anggaplah mula berkahwin itu seolah-olah membuka akaun bank dengan jumlah wang RM1000.Jika anda berbuat baik dan menggembirakan hatinya maka tambahkan RM5 dalam akaun anda.Tapi setiap kali anda melukakan hatinya, anda tolak RM5 dari akaun anda."

"Makin banyak 'duit' dalam akaun anda ini,Insyaallah ikatan antara anda berdua akan makin utuh dan teguh, anda akan jadi pasangan yang amat bahagia"

"Tapi jika 'duit' anda makin susut,maka waktu itu, tiba-tiba anda akan rasa isteri anda bukanlah seorang yang menarik lagi, ikatan mula goyah dan lemah.Anda sebagai suami harus mula menambah kembali 'duit' dalam akaun anda itu"

Begitu jugalah bagi sang isteri.Saat anda diikat, anggaplah ada RM1000 dalam akaun anda.Bila anda buat sesuatu yang suami suka, anggaplah ada RM5 yang didepositkan dalam akaun anda.Tapi bila anda buat sesuatu yang suami kurang suka, berubah riak muka,gusar hatinya, anggaplah RM10 dipotong dari akaun anda.Ingat wahai isteri, kemurkaan suami adalah hal besar bagi anda.Jangan sekali-kali anda memandang enteng perkara-perkara kecil.

Pasanglah niat supaya hidup ini adalah untuk lebih memberi dan kurang menerima.Kerana yang memberi itu sentiasa lebih mulia dari yang menerima.Yang suka menerima tanpa memberi sentiasa darjatnya dibawah.Jika kedua-dua suami dan isteri berlumba-lumba untuk kreatif dalam memberi dalam rumahtangga, tiada keraguan rumahtangga mereka akan jadi rumahtangga yang aman dan harmoni.

Kerana kita bina hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita bina kehidupan dengan apa yang kita beri.


"Nak tambah 'duit' senang saja, don't forget to give her a hug every morning, forgive her every night.Anggap setiap pelukan atau ciuman itu RM5 ditambah dalam akaun anda.Anggaplah RM5 dipotong dari akaun anda bila anda terlupa memeluk isteri diwaktu pagi sebelum keluar kerja."

"Sekali-sekala, buat sesuatu yang luar dari kebiasaan, belikan isteri anda bunga ataupun hadiah,angaplah ini tambahan RM20 dalam akaun anda."

"Selepas beberapa waktu, cuba 'check' baki akaun anda.Jika nilai semakin bertambah, maka beruntunglah anda-anda 'peniaga' berjaya, kalau nilai makin kurang,anda dalam kerugian, anda kena kaji balik cara anda 'berniaga'."

Kelihatan semacam amat mudah. SM berkongsi pengalamannya yang tidak pernah berkonfrontasi dengan isterinya sepanjang puluhan tahun hidup bersama lantaran sikap terbuka dan saling memahami.Setiap masalah yang dihadapi pasangan lain akan cuba diambil iktibar supaya tidak berlaku dalam rumahtangga mereka.

Kehidupan ini tidaklah terlalu susah tapi bukanlah terlalu senang. Mesti ada cabaran dan dugaan, barulah kehidupan ini menarik.Cabaran membuatkan kita berfikir dan terus maju.Belajarlah dari yang sudah lama hidup sebelum mereka jadi mayat.Kerana sepanjang perjalanan itu ada ibrah yang mereka kutip. Mutiara buat yang muda semaca kita.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment