Macam-macam nama orang ada dalam dunia ini.Semua ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran warisnya akan teruja mencari nama terbaik untuk anak mereka.Kadang-kadang, sebaik disahkan mengandung terus teruja mencari calon-calon nama untuk anak.
Tapi,realitinya,majoriti manusia tidak membawa kepada pengertian nama masing-masing.Amalnya sama sekali tidak mencermin namanya.
Malah, ramai yang tak tahu pun apa signifikan nama mereka diberi.
Bila Fatimah menjadi Fatty,
Bila Zulaikha menjadi Chicka,
Bila Abu Bakar menjadi Ash,
Dan beribu lagi nama-nama yang dianggap 'bukan zaman ini' dan dipermodenkan suka hati mereka kerana rasa nama itu lagi moden, lagi canggih.
Moden dan canggih itu bukan pada nama wahai sahabat.
Moden dan canggih itu pada ilmu yang dikuasai,perbuatan yang dilazimi.
Secanggih mana nama anda, tapi jika anda berkelakuan semacam kera dapat bunga, tak kemana
anda.Percayalah.
Masalah utama di Malaysia, masyarakat suka menggambar diri mereka hebat,canggih dan sentiasa lebih dari orang lain.
Jarang benar jumpa yang bersikap "humble", rendah diri apatah lagi zuhud. Perkataan zuhud pun tak pernah didengar barangkali.
Barangkali itu memang psikologi manusia.
Kanak-kanak suka jika orang dewasa anggap mereka hebat macam Superman,Ultraman mahupun Batman.
Remaja-remaja perempuan suka memakai pakaian yg bukan-bukan supaya dapat menarik
perhatian.Makin ramai lelaki menjeling, makin gah rasa dihati.
Remaja-remaja lelaki suka buat aksi bukan-bukan supaya dapat tarik perhatian.Rasa diri lagi
hebat bila ramai orang tonton.
Surirumah suka hias rumah hebat-hebat walau suami tak mampu.Supaya nampak gah dipandangan jiran-jiran.
Suami beli dan hias kereta besar-besar.Walau terpaksa ikat perut waktu tengahari, ego itu lebih
penting.Pandangan orang terhadap status dalam masyarakat itu lebih penting dari mengisi perut yang lapar.
Itu sudah jadi norma masyarakat.Pergilah kemana-mana, anda akan perasan semua fenomena ini.
Masyarakat sudah longgar ikatan dirinya pada agama.Pada Islam.
Masyarakat lebih pentingkan luaran dari dalaman.Mereka ambil berat bagaimana nama mereka
dipanggil, apa penampilan mereka, ape jenama kereta mereka,apa jenama kasut sukan mereka.
Masyarakat sudah tidak ukur baju dibadan sendiri.Apa yang lebih hebat pada pandangan orang,
maka mereka berusaha mendapatkannya agar nampak diri mereka hebat.
Yang lebih penting dari itu, contohnya,tahap ilmu,perancangan masa depan,pembangunan
diri,perancangan pendidikan anak-anak,perancangan kewangan,sangat sedikit yang peduli.Memang ramai yang tak peduli.
Tak guna jika nama anda moden macam Brad Pitt,tapi lagak anda macam orang asli jumpa TV plasma.
Biar kita tak moden luaran, tapi dalaman cukup faham tentang erti kehidupan.Tahu yang mana
penting dalam kehidupan.Tahu yang mana patut dicicir,yang mana patut dikejar.Barulah anda
moden.Insyaallah anda akan hebat.
Biar nama anda tak moden, walaupun orang panggil anda Koyok (semacam penyerap toksin), tapi jika kehadiran anda memberi impak dan input kepada orang lain,semacam bulan purnama yg terang menyinar.Apa salahnya?
Walau anda digelar Apek,tapi jika anda cukup berilmu dan sentiasa mendidik yang kurang
berilmu,cukup faham dan memahamkan yang lain,apa salahnya?
Walau gelaran anda Kucai (sejenis sayur), tapi jika perwatakan anda memandu orang lain dengan nada-nada sinis anda, maka teruskan.Tiada salahnya.
Nama itu tidak penting,yang lebih penting isi dan inti.Berikan orang lain inspirasi untuk
berjuang.Berikan orang lain maksud kehidupan.Berikan orang lain erti untuk hidup.Itu lebih
penting dari nama.
Wallahualam
Zemanx
0 comments:
Post a Comment