[Beramal dengan ajaran Islam itu satu tahap. Menyokong perjuangan Islam itu adalah satu tahap selepasnya. Menjadi pendukungnya pula adalah satu tahap lagi selepasnya. Menggabung diri dalam jamaah dakwah yang tersusun adalah satu tahap di atasnya. Semuanya dijanjikan kebaikan oleh Allah. Tetapi, pada setiap tahap, tahap kebaikan yang diperolehi juga berbeza. Justeru tiada sebab untuk menafikan kebenaran berlumba-lumba menuju tahap tertinggi iaitu 'berjihad di dalam satu jamaah yang tersusun dan kita adalah jundi/tentera yang taat terhadapnya'. Itulah impian muslim menuju puncak.
Ustaz Nik Mohamad Abduh
Ustaz Nik Mohamad Abduh
1 comments:
perjuangan dan jihad untuk menegakkan agama allah adalah pejuangan yang tidak pernah habis.
December 12, 2013 at 5:27 PMPost a Comment