Iman

Iman

Amal

Amal

Ilmu

Ilmu

Ikhlas

Ikhlas

Ibrah 48:Cermin Kehidupan

Thursday, May 26, 2011

Sungguh lama sekali tidak menulis sesuatu dalam blog ini. Tahun yang amat sibuk dalam karier dengan pelbagai perubahan dan tanda aras dalam kehidupan berkeluarga.Semoga Allah terus merahmati dan menyayangi kita semua.


Terkesan dengan kuliah ringkas di subuhari di Tinggi Alpha, berbicara tentang kepentingan membentuk ahli keluarga sendiri supaya berfikiran positif dan kental mentalnya. Si suami di pelantar minyak rata-rata meninggalkan tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada isteri dirumah.Justeru isteri tiada pilihan selain menjadi super-mama dlm kehidupan.Renungan buat diri isteri-isteri. Mampukah kalian?

Isteri itu cermin kepada suami.Begitu sebaliknya.

Bila anda menyunting seorang perawan yg baik budi, baik pekerti menjadi suri anda, maka ingatlah yang barang baik itu tidak akan kekal baik jika tiada penambahbaikan. Tarbiah rumahtangga mesti seiring supaya suami-isteri kekal menjadi manusia berkualiti kepada pasangan masing-masing dan juga kepada masyarakat.

Buruknya perangai isteri adalah berpunca dari si suami.
Buruknya tingkahlaku anak-anak berpunca dari ayah dan ibu.
Lalai si suami jika isteri tiada berperanan.

Usah mengomel isteri tidak sempurna,banyak perangai dan kalian mahu cari lain yang lebih baik.Adat alam kalian akan 'dapat' yang berperangai sama atau lebih teruk. Sunnah alam, jika mahu kek yang gebu, kena cari penguli yang terbaik. Jika kalian sekadar gred C, manakan logik mahu mengharap isteri kalian Gred A?

Cermin diri sendiri.
Jangan jadi Pak Pandir.

Tiada pilihan - jika benar mahu rumahtangga itu kekal terbina dengan unsur kasih-sayang, maka usah diabaikan sama sekali unsur penambahbaikan.

Buat tidak tahu dan tidak peduli seumpama kanser dalam rumahtangga. Tiada disedari sehingga sudah tahap 4 menunggu ajal.Jangan sampai ditahap itu baru berani untuk berubah.Usah jadi dayus. Isteri dan anak itu beban terberatmu didunia. Silap langkah,api neraka bukan main panasnya.
Buat renungan pada diri sendiri dan isteri.Semoga bermanfaat.

Wassalam
Tinggi Alpha